Pada malam tadi, semasa sidang bersama media sejurus selepas melancarkan tudung LADY LOFA, Neelofa telah mengesahkan kepada media yang hadir yang dia ada berkawan dengan seorang kerabat diraja dari Selangor seperti yang heboh diperkatakan netizen ketika ini.
Dalam video yang Budiey rakam sebentar tadi, Neelofa mengakui juga dia adalah seorang kawan yang baik. Selain dari itu, Neelofa tidak mahu mengulas panjang tentang hal ini.
Tonton video selanjutnya:
Bagaimanapun, kata Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Md Noor, 28, dia tidak dapat mengulas lanjut mengenai hubungan mereka kerana ia membabitkan kerabat diraja.
“Anda sendiri bijak untuk menilai adakah saya layak untuk bercakap mengenai hal ini. Dengan kedudukan saya sebagai selebriti, saya tidak boleh lari daripada andaian orang,” katanya
Ditanya sama ada perkenalan mereka diatur keluarga, Neelofa menafikannya.
“Keluarga saya tidak pernah bertanya mengenai hal ini.”
Neelofa turut diasak dengan soalan-soalan mengenai dakwaan dirinya menjalinkan hubungan dengan seorang kerabat diraja seperti diperkatakan di laman sosial. Namun, Neelofa memilih untuk tidak mengulas kerana ia melibatkan orang lain. Neelofa berharap supaya semua orang faham dengan kedudukan beliau yang tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.