Kini WMM meluncurkan pula video muzik “Seloka Hari Raya – Memojiâ€, sebuah paparan visual menarik yang memaparkan artis-artis WMM menyanyi dalam bentuk avatar 3D wajah mereka sendiri menggunakan sebuah ciri teknologi yang dikenali sebagai Memoji.
Selepas melancarkan rakaman semula “Seloka Hari Rayaâ€Â dan video muziknya, Warner Music Malaysia (WMM) hari ini melancarkan pula video muzik “Seloka Hari Rayaâ€dengan format yang berbeza. “Seloka Hari Raya – Memojiâ€Â sebuah paparan visual menarik yang memaparkan artis-artis WMM menyanyi menggunakan Memoji mereka sendiri yang dirakam menggunakan iPhone XR.
Lebih menarik lagi, video istimewa ini terhasil daripada buah fikiran dan inisiatif artis-artis WMM sendiri.
“Penghasilan video ini merupakan idea artis-artis WMM sendiri.
Bila mereka selalu bertemu atas urusan kerja, mereka selalu berbincang sesama mereka dan saling bertukar pandangan tentang muzik dan trend terkini.
Jadi bila mereka tampil dengan idea unik untuk membuat video muzik menggunakan avatar 3D berdasarkan wajah mereka sendiri, pihak WMM merasakan ini peluang terbaik untuk memaparkan ciri peribadi yang sinonim dengan mereka dalam format visual yang berbeza sekaligus mencipta kelainan – berbeza daripada video muzik yang pernah kami terbitkan sebelum ini.”
– Anne Mukhtar selaku Pengurus Promosi dan Pemasaran Bahagian Domestik Warner Music Malaysia
Antara artis yang terlibat dalam pembikinan video muzik “Seloka Hari Raya – Memoji†ini adalah Ajak, Alyah, Amir Hasan, Andi Bernadee, Awi Rafael, Bunga, Ezlynn, Kaka Azraff, Kucaimars, Layla, Pasya dan Yasin.
Video muzik “Seloka Hari Raya – Memoji†boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia dan Apple Music bermula 3 JUN 2019.