Populariti single terbaru Hazama “Sampai Mati” dijangka melonjak dengan terhasilnya video muzik untuk single terbarunya ini.
Penerbitan video muzik ini yang hampir keseluruhannya menggunakan kesan visual CGI menyaksikan Hazama berjalan di atas tali merentasi gaung, terjun dari tebing yang tinggi dan merentasi laluan penuh berliku untuk bersama kekasih hati yang dilakonkan pemenang Dewi Remaja tahun 2015, Raysya Rizrose.
Konsep video muzik ini yang berasaskan perumpamaan ‘demi cinta ku sanggup renangi lautan api’ menunjukkan cabaran luarbiasa yang sanggup diharungin Hazama untuk bersama kekasih hati.
Lagu “Sampai Mati” ini yang merupakan lagu tema untuk drama bersiri “Hati Perempuan” juga mula mendapat tempat di stesyen-stesyen radio utama tanah air seperti :
(Kedudukan minggu lalu dalam kurungan)
– #2(#7) Naib Juara Carta Era 40 !
– #4(#4) Carta Hot FM
– #6(#12) Carta Cats Top 30
– #11 (#12) THR Carta Hits Gegar
– #17 (#16) Carta Best 20
– #17(#30) Carta Suria 30
Lagu ini juga berada di kedudukan #7 di dalam Carta Muzik Muzik 30 selepas menjuarai carta tersebut selama 5 minggu berturut turut! Hazama juga kini giat mempromosi single terbaru beliau ini dan jadual promosi media beliau padat dengan aktiviti promosi.
Klik link di bawah untuk menyaksikan video muzik “Sampai Mati” Hazama
Penyanyi : Hazama
Composer : Omar K dan Audi Mok
Penulis Lirik : Omar K
Saksikan Video Muzik “Sampai Mati” Hazama yang hebat ini! KLIK VIDEO KAT ATAS INI OKAY?