Hampir lima bulan kehilangan suami tercinta, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL muncul dengan single baharu berjudul 12 Tahun Terindah. Begitulah antara bait lirik lagu baru penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari, 37, atau lebih dikenali sebagai BCL yang meruntun hati setelah kehilangan suami tersayang.
Lagu ciptaan bersama BCL dan Ifa Fachir adalah terjemahan perasaan dan curahan hati bintang jelita itu selepas pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung, Februari lalu.
Video Muzik Bunga Citra Lestari 12 TAHUN TERINDAH
“Lagu ini menceritakan mengenai kebingungan saya menghadapi hari-hari baharu. Di saat hidup berubah dalam waktu yang begitu cepat, tanpa peringatan dan mahu tidak mahu, harus tetap dijalani.
“Pada momen kehidupan ini, saya berusaha melihat lagi tahun-tahun yang sudah saya lalui bersama Ashraf. Saya bersyukur kerana Tuhan memberikan saya 12 tahun terindah bersama Ashraf.
– Bunga Citra Lestari
Anak lelaki BCL dan Ashraf iaitu Noah Aidan Sinclair turut digambarkan dalam video muzik tersebut sebagai kekuatan buat penyanyi itu bagi menggantikan arwah bapanya.
BCL meluahkan rasa cinta terhadap arwah suami dalam single baharu, 12 Tahun Terindah, kira-kira lima bulan selepas pemergian Ashraf. Foto IG Bunga Citra Lestari
Sewaktu berita ini ditulis, lagu terbaru beliau berjudul ‘12 Tahun Terindah’ di laman akaun YouTube rasmi ‘It’s Me BCL’ mendapat sambutan positif apabila sudah ditonton hampir sejuta kali selepas 4 jam dimuat naik.
Melalui klip muzik video rasmi itu dapat dilihat imbasan kembali kenangan manis bersama suaminya Allahyarham Ashraf Daniel Mohamed Sinclair atau Ashraf Sinclair bersama anak tunggal mereka Noah Aidan Sinclair, 10.
Video berdurasi empat minit 40 saat itu sebahagian besar berlatar belakang hitam putih, diselitkan rakaman video serta beberapa keping foto kenangan manis sejak mereka diijabkabulkan sehinggalah kehadiran Noah yang mewarnai kehidupan mereka.
Video yang disunting dan diarahkan adik bongsu Ashraf, Adam Sinclair, berakhir dengan permandangan BCL dan Noah duduk membelakang kamera bersama kucing peliharaan mereka, telah menyentuh hati ramai pihak termasuk rakan-rakan artis dan netizen.
Sebelum ini, penyanyi berusia 37 tahun ini sering meluahkan rasa sedih dan kerinduannya terhadap arwah suami melalui video berjudul Dear Love sebanyak dua episod yang disiarkan di laman YouTube rasmi, It’s Me BCL.
Apa yang menarik, lagu itu bukan sahaja menyaksikan buat kali pertama pelakon filem Habibie & Ainun ini menulis lirik, malah, mengamalkan normal baharu kehidupan apabila merakamkan single berkenaan di studio yang dibina di rumahnya.
“Banyak perkara baharu yang saya pelajari ketika menghasilkan single ini. Bermula dengan proses penciptaan lagu, merakam demo, perbincangan kreatif hinggalah proses memasukkan vokal.
“Semuanya saya lakukan sendiri di studio yang dibina di rumah. Pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini tidak akan menghentikan semangat saya untuk kembali berkarya,” kata ibu kepada Noah Aidan Sinclair ini.
– Bunga Citra Lestari
Video muzik single 12 Tahun Terindah boleh ditonton di saluran YouTube mulai hari ini dan dilancarkan di semua pelantar digital, Jumaat ini.
Beberapa selebriti termasuk penyanyi Malaysia yang juga adik ipar Bunga, Yuna, membuat hantaran di Instagram story milik beliau dengan kapsyen
“My sis is releasing her beautiful song tomorrow 12 Tahun Terindah (The best 12 Years). Rest in peace Ash, we miss you, Al-Fatihah,” (Kakak saya lancar lagu yang sungguh indah esok 12 Tahun Terindah. Semoga tenang di sana Ash, kami rindu anda)
– Yuna
Dalam pada itu, adik kepada arwah iaitu Adam Sinclair juga berkongsi gabungan video dia bersama isterinya yang juga penyanyi Yuna serta keluarga yang sedang mendengar lagu tersebut kelihatan menitiskan air mata.
“Saya fikir yang saya akan baik-baik saja apabila lakukan ini… tapi ternyata ia menyentuh perasaan walaupun hanya duduk dan mendengar lagu ini.
“Dan saya rasakan semua emosi. Saya tidak dapat bayangkan macam mana untuk awak @bclsinclair dan Noah.
2Saya bangga dengan awak berdua dan saya sangat sayangkan awak,”
– Adam Sinclair
Sementara itu, pelakon Nora Danish dan penyanyi Melly Goeslaw turut meninggalkan kapsyen “love” di ruangan komen Instagram, manakala pereka fesyen terkenal tanah air Hatta Dolmat meninggalkan komen:
Sebelum ini, media Indonesia dan Malaysia digemparkan dengan pemergian Ashraf secara mendadak di usia 40 tahun akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu.
Ashraf, pengacara dan pelakon popular Malaysia, mengahwini BCL pada 2008, dan kemudian melebarkan kariernya sebagai pelakon dan usahawan di Indonesia.
Sebelum dilancarkan, satu video pendek yang dimuat naik oleh Aishah Sinclair di Instagramnya mengundang rasa sebak di hati.
Video tersebut memaparkan ahli keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair dan ahli keluarga Bunga Citra Lestari sedang mendengar lagu terbaru daripada Bunga itu.
Kesemua mereka yang sedang mendengar lagu tersebut kelihatan menitiskan air mata membayangkan lagu tersebut sungguh meninggalkan kesan yang sangat dalam di hati mereka.
Aishah turut menulis satu petikan daripada penulis buku terkenal, Helen Keller.
“What we have once enjoyed deeply we can never lose. All that we love deeply becomes a part of us.”
– Aishah Sinclair
Single terbaru daripada Bunga Citra Lestari bakal dilancarkan esok, 19 Julai pukul 1:00 petang waktu Malaysia di saluran YouTube milik Bunga Citra Lestari.
Manakala di Instagram milik Bunga Citra Lestari, bclsinclair, dia memuat naik gambarnya bersama Allahyarham suaminya sejak 30 Jun lalu dengan nombor 12 tertera digambar tersebut.
Ramai yang meneka bahawa nombor 12 tersebut merupakan usia 12 tahun perkahwinan mereka sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2008.
Baru sahaja dimuat naik, video muzik berkenaan kini sudah mencecah hampir setengah juta tontonan dan lebih 15,000 komen daripada netizen.
Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih menonton video muzik tersebut dan ada juga dalam kalangan mereka yang menangis kerana turut merasai kesedihan yang dilalui BCL serta keluarga.
“Tak terkata saya menonton video ini. Sangat menyentuh perasaan, melodinya sangat indah. Terima kasih untuk kenangan yang indah buat awak dan arwah.
“Saya cuba untuk menahan air mata tapi tidak berjaya. Semoga kak Unge (Bunga) terus kuat dan Allah memberkati awak, Noah serta seluruh keluarga awak.
“Baru seminit lagu ini didengari dan saya sudah menangis. Kasih sayang antara anda berdua sangat kuat malah saya sendiri dapat rasakan melalui semua rakaman dalam video klip ini,”
– Netizen
Lagu 12 Tahun Terindah adalah single pertama yang diterbitkan di bawah label BCL iaitu BASH Music Company.