in , , ,

Video Viral Ariel Peterpan, Luna Maya & Cut Tari Jadi Trending

Vokalis Peterpan rakam seks bersama 32 artis! Polis sahkan penyanyi, aktres Indonesia dalam klip asmara!

Kes bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel bersama aktres Luna Maya dan Cut Tari bertambah mengejutkan dengan pendedahan sekurang-kurangnya 32 lagi artis didakwa terbabit manakala polis mengesahkan vokalis dan dua pelakon berkenaan adalah pelaku seks membabitkan klip video lucah yang tersebar luas di Indonesia.

Video Lucah Ariel Peterpan, Luna Maya & Cut Tari

Ariel kini berhadapan dengan tuduhan merakamkan perbuatan seks bersama dua aktres berkenaan. Sebahagian besar wanita yang ditiduri Ariel itu adalah artis dan selebriti Indonesia, lapor laman web inilah.com yang memetik sumber.

“Ada 32 wanita terbabit merakamkan hubungan mereka dengan Ariel dan mirip selebriti terkenal termasuk Ratu Felisha, Aura Kasih, Andhara Early dan vokalis band SHE, Melly Herlina,” kata sumber terbabit.

Maklumat kebanyakan media Indonesia juga menyebut, sebanyak 32 fail membabitkan 23 rakaman video lucah dan sembilan gambar foto Ariel didapati bersama dengan sekumpulan wanita.

Video Lucah Ariel Peterpan, Luna Maya & Cut Tari

Daripada 32 rakaman video terbabit serta lima gambar foto menunjukkan gambar Ariel bersama pasangan yang belum diketahui identiti mereka dan selebihnya adalah adegan Ariel dengan beberapa wanita mirip artis Indonesia dengan pangkal nama bermula dengan huruf RF, AK, AE, MH, KD dan BC.

Pihak polis ketika diminta mengesahkan sama ada sedang menyiasat perkara itu berkata: “Kata siapa? Kami masih menyelidik yang sedang beredar sekarang. Dari situ kita akan selidik dulu,” kata Pengarah Mabes Polri di Jakarta, Brigadier Jeneral Saud Usman Nasution.

Katanya, polis masih meneliti kes terbabit. Hingga kini polis sedang cuba mencari bukti. “Siapa yang menyebarkan itu perkara pertama yang akan kita bertindak terlebih dulu,” katanya.

Video Lucah Ariel Peterpan, Luna Maya & Cut Tari

Polis meminta mereka yang memiliki video atau gambar porno segera menyerahkan kepada pihak berkuasa.

Khabar angin tersebar di internet mengatakan Ariel suka mengabadikan adegan seksnya dan menyimpan dalam komputernya. Malang sekali komputer terbabit hilang dan disebarkan mereka tidak bertanggungjawab.

Video Lucah Ariel Peterpan, Luna Maya & Cut Tari

Malah khabar angin turut tersebar kononnya ada 23 rakaman video seks Ariel bersama beberapa selebriti wanita Indonesia akan disebarkan satu persatu.

Mengulas pengesahan Ariel, Luna Maya dan Cut Tari dalam klip video diedarkan, Ketua Cawangan Hubungan Masyarakat Ibu Pejabat Polis Republik Indonesia, Jeneral Edward Aritonang berkata, polis membuat kesimpulan selepas selesai menyiasat ke atas ketiga-tiganya. – Agensi

Ariel (kanan) dan kekasihnya, Luna Maya dalam satu temuramah eksklusif dengan stesen TVONE di Jakarta pada 14 Jun lalu. – Foto REUTERS

Video Lucah Ariel Peterpan, Luna Maya & Cut Tari

Ini antara luahan peminat tentang isu ini:

Peminat kecewa – Tak sangka Ariel Peter pan begitu jadinya. Suatu masa dulu mereka digilai dgn kemunculan lagu mungkin nanti yang begitu popular, insiden ini amat mengejutkan peminat di Malaysia.. apapun yang bersalah tetap bersalah..

Faris Hashim
Entah apa nak jadi la dengan dunia zaman sekarang ni, golongan yang melakukan seks bebas banyak yg dipelopori oleh orang Melayu yang berstatus Islam..

Farah
Tidak perlu jadikan artis sebagai ikon…..penceramah agama, ustaz, ustazah dan org2 alim yg lain perlu kita jdkan sebagai IKON dan ikutan…ingatlh….kiamat sudah hampir…

Aqmal
Adakah orang seperti ini yang layak menjadi ikon,role model atau pengaruh kepada bangsa kita??

Kecewa Ariel yang dulunya pujaan ramai remaja malaysia kini hancur…

Abd Latip Talib
Artis selalunya dijadikan model kepada remaja sekarang. Tingkah laku dan perwatakan aris yg baik amatlah diharapkan bagi menjamin norma hidup ketimuran masyarakat kita terus dikekalkan. namun begitu kebanyakan artis kelihatan terlalu sosial dan tak patut dijadikan contoh spt penagihan dadah, seks bebas, penipuan, berkelauan kasar, kehidupan terlalu bebas dsb

Bun
Artis masa kini penuh dengan kontrovesi. Ia bukan hanya retorik semata-mata malah suatu yang nyata. Cuma segalanya diselaputi dengan pelabagai cara. Tuhan maha berkuasa, yang baik akan dijaga dan yang sebaliknya pasti diketahui jua kalau bukan di dunia ini tapi di akhirat kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Semangat Kental Menyentuh Jiwa dalam The Karate Kid

IZ OIAM Teruja Berduet dengan Lea Salonga