in

Video Lawak Sekitar Latihan Konsert Teaterikal Suara Kita

Pada 25 Februari yang lalu, Budiey berkesempatan untuk melihat sedikit sedutan dari babak-babak menarik yang dipersembahkan di Konsert Teaterikal Suara Kita yang akan bermula 3 hingga 9 Mac ini di Istana Budaya. Persiapan rapi telah dibuat dan diketuai oleh pengarah berkaliber, Erma Fatima.

Nampaknya, benarlah apa yang dicanang sebelum ini, konsert ini menggabungkan adaptasi dari lima buah filem iaitu Sembilu, Sembilu 2, Tragedi Oktober, Maria Mariana 2 dan Merah. Ia bakal dibahagikan kepada dua segmen, iaitu bahagian pertama bertumpu kepada konsert, manakala kedua ialah teater muzikal.

Budiey sempat bertanya pada Awie, samada beliau juga perlu menari dalam persembahan. Jawapan Awie, ya, dia akan menari dan kali ini memerlukan gerakan yang lebih mencabar dan memerlukan fokus yang tinggi. Ketiga-tiga penyanyi mengakui Konsert Teaterikal Suara Kita mencabar segala kebolehan yang mereka ada. Tambahan bagi Erra Fazira yang sudah lama tidak menyanyi. Latihan vokal dipertingkatkan kerana bagi beliau, kepuasan peminat itu penting kerana mereka datang ini sanggup melaburkan wang untuk berhibur dan menghargai seni.

Budiey sempat merakam beberapa babak dan anda boleh tonton dalam video di atas ni ya. Enjoyz!

Awie, Erra Fazira, Ziana Zain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isteri Awie Tidak Cemburu Suami Berlakon Babak Romantis

Siapa Yang Akan Menang Anugerah Academy Ke-86?