Misha Omar memang pakar dalam improvisasi dan mengeluarkan segala nafas baru untuk lagu-lagu lama. Asalkan tidak merosakkan lagu sudahlah. Kemerduan Misha, penghayatan yang begitu baik, buat Budiey terasa lagu ini seolah dicipta untuk Misha juga. Walaupun Budiey tidak akui bahawa vokal dan kesesuaian lenggok penyanyi asal iaitu Rahimah Rahim tidak dapat kita pertikaikan.
“Di hati ku lakarkan… sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila ku tentukan arah serta tujuan
Rela ku hadapi cabaran…”
Budiey ingin tujukan lagu ini untuk seseorang yang jauh di mata… katanya, dia memang minat giler dan selalu mendengar lagu dendangan Misha ini. Semoga dia akan terus kuat dengan pendirian dan kecintaannya pada yang tersayang.
I love you so much!
Juga buat semua pembaca Sensasi Selebriti & semua artis yang melayari blog ini. Enjoyzzz!