Video Kontroversi Namewee Hina Lin Dan, Chong Wei Minta Maaf?
Baru-baru ini Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, telah memuat naik sebuah video yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.
Budiey ada menghubungi Namewee melalui Twitter untuk memberikan penjelasan tentang isu ini. Menurut beliau:
Saya seperti sebagai orang Msia, memang kecewa DLCW tak dapat emas, lagu tu hanya satu cara untuk membangkitkan smangat DLCW, saya sedar dan insaf tentag perkara ni sekarang.
Saya sudah mohon maaf kepada DLCW, membuatkan dia susah, Saya juga tulis open letter utk memohon maaf kepada seluruh rakyat Cina & Lin Dan.
Video Kontroversi Namewee Hina Lin Dan
ideo ini telah tersebar ke forum-forum utama di China dan telah menimbulkan kemarahan peminat badminton di China.
Dengan tindakan kurang sopan Namewee itu, Datuk Lee Chong Wei telah memohon maaf kepada peminat badminton China atas penghinaan dalam klip video berkenaan.
Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya,” kata Lee dalam laman web peribadinya di microblogging weibo.
Bagaimanapun Namewee tetap mempertahankan dirinya dengan berkata;
“Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya,”
Beberapa video terdahulu seperti Lagu Negaraku , pekerja TNB , pengetua sekolah turut menimbulkan kontroversi hasil ciptaan Namewee.
Namewee Punya Hal, Chong Dapat Malu!!!