in

Video Klip Yuka Karisma Kita Harus Percaya

[dropcap]M[/dropcap]emiliki seraut wajah jelita berserta bakat yang dimiliki cukup besar dan amat bermakna buat Yuka Karisma menempa nama besar dalam bidang seni. Mendengarkan satu persatu lagu nyanyian Yuka, ternyata Yuka memiliki suara yang dibanggakan.

Pun begitu, mende¬ngarkan lenggok vokal Yuka ini, ia persis seperti Bunga Citra Lestari dan ada kalanya umpama Anggun Cipta Sasmi. Namun, Yuka menegaskan dia seorang penyanyi tersendiri yang tidak cuba meniru sesiapa.

Yuka

“Saya selesa menyerahkan segala penilaian dibuat oleh pendengar. Ini kerana, berdirinya saya di dalam industri muzik ini berpaksikan bakat seni sendiri. Justeru, jauh sekali untuk saya meniru gaya sesiapa.”

[pullquote align=”right”]Gadis kelahiran Acheh Utara ini mahu memulakan karier di Malaysia sebelum melangkah seterusnya di Indonesia.[/pullquote]

Meminati muzik sejak kanak-kanak, Yuka berkata penghibur antarabangsa yang menjadi digemarinya ialah Whitney Houstan, Mariah Carey dan Sting. Manakala, penyanyi Malaysia yang cukup dikagumi pula adalah Ning Baizura dan Datuk Shiela Majid.

Langkah dan minat Yuka bermula ketika dia menyertai Indonesian Idol pada tahun 2008. Walaupun tidak berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir itu tidak bermakna pengakhiran karier beliau.

Malah menerusi Indonesian Idol mampu memberi banyak pengalaman dan makna buat Yuka. Sering kali mendapat undangan nyayian di majlis makan malam yang diadakan disekitar Jakarta dan Kuala Lumpur, menurut Yuka Kuala Lumpur seperti menjadi rumah keduanya.

Segalanya bermula pada tahun 2011 dalam sebuah majlis dimana beliau telah berjumpa pemilik Mentari Management yang begitu berminat untuk mengambilnya sebagai artis mereka , manakala Mewah Event Management menguruskan segala promosi dan publisiti Yuka.

Kata gadis berusia 25 tahun dari Acheh ini, dia kini sudah menghasilkan dua single baru hasil kerjasama dengan komposer ternama Indonesia, Pay dan Dewiq yang pernah menghasilkan lagu untuk penyanyi terkenal Indonesia seperti Rossa, Agnes Monica dan Krisdayanti.

“Bekerjasama dengan mereka adalah peluang keemasan tidak diduga. Saya amat berbesar hati dapat mendendangkan lagu Kita Harus Percaya dan Ku Bersedia ciptaan Pay dan Dewiq itu. Apatah lagi, ia ternyata bukan peluang mudah tanpa usaha gigih yang saya lakukan sepanjang lima tahun ini.”

Sebanyak dua buah lagu yang telah dirakam oleh Yuka berjudul “Kita Harus Percaya” dan “Bersedia”, turut berkolabrasi bersama Azlan Abu Hassan. Yuka yang turut berkebolehan mencipta lagu berkata, dia sangat bersyukur kerana sering menerima undangan nyanyian di Indonesia dan Malaysia. Baru sahaja menjalani pemgambaran video klip di Bogor, Jakarta.

Bagi Yuka, Malaysia bukanlah negara asing kepadanya kerana beliau pernah menetap selama dua tahun di Sg Petani Kedah bersama keluarganya. Jelas Yuka, fokusnya adalah untuk menempa namanya seterusnya memasang tapak kukuh buat kariernya samada di Malaysia mahu pun di negara asalnya.

Video Klip Yuka Karisma Kita Harus Percaya

Video Klip Yuka Karisma Kita Harus Percaya

Video Klip Yuka Karisma Kita Harus Percaya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dermalogica Lancar Multivitamin Power Serum Baharu

Loka Bakal Lancar Muzik Video Jangan Pergi