Terbaharu, sebuah video yang dimuat naik kakak Neelofa, Noor Nabila telah tular dalam laman Twitter selepas dirakam dan dikongsi netizen sejak tengah hari tadi. Video berdurasi 27 saat itu jelas menunjukkan ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan sedang bersalaman meminta maaf antara satu sama lain.
Bagaimanapun, video berkenaan telah dipadam Noor Nabila dalam Instagramnya.
Menjengah ke laman Twitter, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur kemarahan dan tidak puas hati selain mempertikaikan tindakan keluarga itu.
Tangkap layar Noor Nabila tular dalam laman Twitter.
“Wah seronoknya. Betul-betul kebal geng ni.
“Meriahnya. Kita nak jumpa keluarga yang dekat pon takut. Puak-puak ni siap boleh cium mulut dan laga-laga pipi lagi. Demo (mereka) semua mari dari kayangan ke,” luah netizen.
Terdahulu, kerajaan menerusi SOP yang diputuskan tidak membenarkan sebarang aktiviti kunjung-mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Sebelum ini, Neelofa pernah mencetuskan kontroversi selepas melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Haris Ismail.
Noor Nabila merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa. Sebelum ini beliau dikenali kerana telah bernikah dengan pelakon drama Bukan Aku Tak Cinta iaitu Shaarnaz Ahmad. Bagaimanapun perkahwinan mereka berdua tidak bertahan lama apabila telah bercrai sekitar Julai tahun lalu. Hasil pernikahan Nabila dan Sharnaaz mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia 3 tahun.