Masih terpahat di ruang ingatan Budiey semasa hadir menyaksikan Majlis Perjumpaan dan Sambutan Ulangtahun ke 11 Sitizone bersama Dato’Siti Nurhaliza di Dewan Besar Utusan Melayu pada hari Sabtu lalu. Tema Back To School menjadikan acara tahunan begitu unik dan meriah.
Kalau ada pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records untuk Kelab Peminat Paling Lama Bertahan sudah tentu akan menobatkan SITIZONE sebagai yang lama bertahan dalam industri hiburan di Malaysia. Tahniah SITIZONE.
Antara momen menarik adalah semasa Dato’ Siti Nurhaliza buat kejutan dengan memberikan hadiah kepada pengurusnya, Rozi Sangdewi dan juga pembantunya Miela Fazie. Budiey sempat merakam detik-detik yang menarik untuk ditonton ini. Kepada yang belum tonton boleh je tonton kat atas ni. Banyak lagi momen menarik sekitar event ni berlangsung boleh ditonton di saluran Youtube Budiey.com. Jangan lupa untuk tekan butang SUBSCRIBE ya.
Dalam video ni, Kak Rozi agak malu-malu mulanya untuk menerima hadiah berupa sebuah telefon pintar iphone6 yang ditaja oleh penaja. Tahniah Kak Zie kerana telah menjalankan tugas sebagai pengurus dengan sebaiknya.
Semua yang hadir diwajibkan memakai uniform sekolah atau pakaian ala guru sahaja. Dato’ Siti sendiri sangat comel memakai uniform sekolah itu, menggelarkan dirinya sebagai ketua pengawas. Manakala suaminya, Dato Khalid Mohd Jiwa pula sebagai Cikgu Displin.
Selain dari ulangtahun Sitizone, menurut pengurus Dato’Siti, Rozi, majlis tersebut adalah tiga dalam satu iaitu ulangtahun ke 36 Dato’Siti dan juga majlis kesyukuran di atas kejayaan Dato’Siti yang menerima 11 anugerah sepanjang tahun 2014. Agak menarik juga kerana semuanya bermula dengan nombor 11. Nombor bertuah Dato ’Siti mungkin.
Pada majlis tersebut tidak digalakkan membawa bayi atau kanak-kanak yang terlalu kecil kerana ia akan menganggu perjalanan majlis dan tidak sesuai. Selain jamuan makan termasuk tajaan makanan istimewa daripada Dato’ Siti sendiri seperti yang dijanjikannya selepas kemenangan di Anugerah Industri Muzik yang lalu untuk menjamu peminat, mereka turut mengadakan permainan, pertandingan dan cabutan bertuah. Tidak lupa juga persembahan istimewa dari Dato’ Siti Nurhaliza sendiri yang mendendangkan tiga buah lagu.
Yang pastinya, setiap tahun majlis yang diadakan ini sentiasa meriah dengan kehadiran peminat setia Dato’ Siti. Beliau sendiri berasa gembira dan bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama peminat.
Sumber gambar dari Instagram: @RoziSangdewi