Budiey nak tanya ni, korang masih demam Piala Dunia 2014 tak? Haa, walaupun Piala Dunia 2014 dah tamat, tapi teman-teman Budiey yang gila bola masih lagi bercakap soseh-soseh pasal Piala Dunia. Ada yang puas hati dengan keputusan, ada pula yang happy semacam bila dah pasukan mereka menang. Siap diorang cakap, tak sabar nak tunggu Piala Dunia seterusnya. Ecewah!
Teringat lagi pada perlawanan final Budiey sanggup bersengkang mata nak tengok aksi mantap Jerman melawan Argentina. Alaaa, empat tahun sekali je kot. Tu pun Budiey fokus nak tengok final sebab jadual Budiey sangat sibuk. Budiey sokong Jerman dan yang bestnya bila tengok Jerman menang. Tahniah German!
Apa-apa pun, setelah melihat senario dan fenomena Piala Dunia, Budiey kira ianya berjaya menyatukan peminat sukan bola sepak di seluruh dunia. Tak kiralah di mana pun, kita dapat lihat senario gila bola di laman media sosial. Di Twitter, Instagram dan Facebook terutamanya memang tak terlepas dari tempias Piala Dunia 2014.
Kalau di Instagram, Budiey perhatikan banyak sekali aksi peminat dan penyokong pasukan pilihan mereka memakai dan menggayakan jersey. Macam-macam gaya ada. Tak kurang ada yang bermuram dan nanges apabila pasukan mereka kalah dan tak dapat masuk final. Yang kelakar, ada juga yang buat ucapan kepada pemain kegemaran di Keek dan Instagram. Haha! Yang extreem lagi pun ada, tapi tak naklah Budiey cerita kat sini. Yang penting, ragam-ragam peminat di seluruh dunia buat kita sendiri tersenyum sorang-sorang.
Tahu tak, semua ragam-ragam dan gelagat penyokong bola sepak ini dirakam oleh Celcom menerusi sebuah video yang membuktikan rakyat Malaysia cukup meminati bola dengan hashtag #gilabola.
Lagu dan muzik video iklan terbaru Celcom Axiata Berhad (Celcom) bertajuk #gilabola akan menjadi siulan sepanjang kempen Piala Dunia 2014 Brazil.
Budiey dah pun tengok video yang sangat kreatif kat atas ni. Banyak feedback yang positif diterima setelah Celcom melalui kempen ‘Football Mad Territory’ melancarkan lagu dan muzik video ini. Memang kerlas gak video ni sebab pertamanya dinyanyikan oleh penyanyi hip hop terkenal Joe Flizzow sangat.
Kalau dengar lagu ni, memang semangat la sebab lagu ni selesa di telinga. Budiey tak tahu la pulak apa pendapat anda tentang video ni, cuba dengar lah. Lagu #gilabola itu digubah semula liriknya hasil daripada rentak asal bertajuk Havoc yang dinyanyikan Joe Flizzow bersama Altimet dan Sonaone. Setidak-tidaknya lagu #gilabola ini mampu menyatukan masyarakat yang sama-sama tidak sabar untuk menyaksikan Piala Dunia 2014 Brazil.
Kiranya video ini adalah rangkuman pada semua gambar-gambar yang dimuatnaik ke laman sosial dengan menggunakan hashtag #gilabola.
Nah ini pula versi Budiey… haa tontonlah mendebarkan ke tidak?
Di Youtube tak kurang hebatnya gila bola ni. Budiey ada terjumpa satu video yang cukup kreatif yang menyanyikan lagu Havoc tapi ditukar kepada Gila Bola. Kreatif lagi apabila hanya menggunakan dagu dan mulut je. Susah Budiey nak terangkan kat sini. Korang tengok sendiri okay.
Jadi, korang pula macamana? Pasti korang ada gaya dan ekspresi yang anda mahu tonjolkan sepanjang demam Piala Dunia ni kan? Apa kata korang kongsikan di ruangan komen. Kalau nak muat turun lagu GilaBola Joe Flizzow yang full version, boleh lawat laman web Celcom ini.