in ,

Video & Fotografi Dron Menjadi Trending Masa Kini

Suatu masa dulu, fotografi udara (aerial photography) adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. Jurufoto terpaksa menyewa helikopter atau belon panas untuk mendapatkan gambar dari udara atau tempat yang sukar untuk dicapai.

Kini, dengan perkembangan teknologi yang cepat dan pesat, fotografi udara bukanlah perkara yang sukar. Harga dron atau Unmanned Aerial Vehicle (UAV) yang kini mampu dimiliki sesiapa sahaja menjadikan fotografi udara satu trending dalam kalangan peminat fotografi.

Namun, terdapat beberapa perkara penting yang harus diambil kira sebelum menerbangkan dron.

#1 Memahami undang-undang penerbangan dron

Oleh kerana terlalu ramai yang mampu menerbangkan dron pada masa kini, terdapat beberapa peraturan tentang di mana, bagaimana dan siapa yang boleh menerbangkan dron. Amerika Syarikat misalnya, mewajibkan berat dron antara 0.55 dan 55 lbs mendaftar dengan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

Terdapat juga peraturan supaya juruterbang boleh menerbangkan dron tanpa mendaftar dengan mana-mana pihak berkuasa kecuali di kawasan berisiko seperti lapangan terbang yang menjadi tempat larangan sama sekali.

Undang-undang mengenai dron ini juga berbeza bagi setiap negara. Perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah meluangkan masa mencari maklumat di laman sesawang sebelum menerbangkan dron anda.

#2 Teknik Fotografi

Terdapat beberapa tips dan teknik yang perlu anda pelajari untuk merakamkan gambar menarik di tempat yang anda kunjungi.

SIMETRI DAN CORAK: Apabila menerbangkan dron, perhatikan keadaan sekeliling, pemandangan menarik yang memaparkan kepelbagaian warna, bentuk serta corak yang berulang mampu menjadikan sesuatu gambar itu ikonik.

PENCAHAYAAN: Pemilihan waktu pencahayaan yang tepat memberikan kelebihan kepada jurufoto udara – merakamkan gambar pada waktu-waktu tertentu pada waktu siang akan menghasilkan bayang dan corak menarik pada gambar.

Walaubagaimana pun, terdapat banyak lagi teknik untuk mendapatkan foto udara yang cantik dan menarik. Teruskan berlatih hingga dapat menghasilkan sesuatu foto yang dapat memberikan kepuasan kepada diri anda.

Sumber: Utusan Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Putri Najuwa Keguguran, Tidak Sedar Janin Berhenti Membesar

Gangguan Rangkaian Celcom Di Seluruh Negara, Pengguna Luah di Sosial Media Hingga Trending