Apa yang Budiey faham tentang video ni, wanita di China berpendapat, wanita yang melebihi usia 25 tahun tidak berkahwin boleh digelar sebagai ‘leftover woman’. Apa itu ‘leftover woman’ korang kena tonton filem ini ya.
Kahwin atau tidak, sebenarnya semua wanita ada peranan dalam masyarakat. Walaupun tak berkahwin di usia muda, sebenarnya wanita ada semangat mereka untuk berdikari dan membina hidup dengan lebih sempurna.
Patutlah ada kempen #changedestiny telah dilancarkan yang telah memberi banyak inspirasi dan semangat jitu kepada wanita seluruh dunia supaya bebas menentukan masa depan mereka. Kempen ini sikit sebanyak memberikan kesan yang positif di mana ia menceritakan tentang pengalaman wanita dalam menghadapi cabaran dan rintangan dalam hidup mereka.
Jadi, untuk melengkapkan lagi dan memberikan kefahaman lebih mendalam lagi, maka filem berjudul ‘Marriage Market’ ini dibuat untuk memberikan semangat kepada wanita yang begitu sukar untuk berkahwin walaupun sudah melebihi usia 25 tahun.
Bagi pendapat Budiey, perkahwinan adalah jodoh. Jika dah ditentukan berkahwin kita akan kahwin. Jika tidak berkahwin, tidak mengapa. Ada pro & kontra juga. Semuanya ada kelebihan dan hikmah. Yang penting, bagi wanita yang belum berkahwin itu, anda patut menikmati apa sahaja yang anda ada. Mungkin inilah masanya anda memilih jalan anda dan berkongsikan saat suka duka bersama teman dan keluarga yang masih ada untuk membantu.
Jadi, apa pendapat anda semua tentang isu ini? Lontarkan di ruangan komen ya.