in , ,

Video Buka Kotak & Hands On Review Kamera INSTA360 GO

Mungkin agak pelik bila sekali tengok, kamera ni boleh melekat kat T-shirt. Macamana boleh melekat ek? Haa, yang tu korang kena tengok video unboxing ni sampai habis.

Pada malam tadi, Budiey ada menyiarkan sebuah video GILA GAJET di saluran Youtube Budiey Channel di mana Budiey dah bukak kotak dan borak-borak sikit tentang gajet terbaru dari insta360 iaitu INSTA360 GO, sebuah steady camera yang dikatakan paling kecil, paling ringan, paling nipis di dunia.

Kamera INSTA360 GO

Fuh! Best jugak la sebenarnya kamera kecik ni.

Kamera INSTA360 GO

Dia nampak sangat cool & fun gais, see this….

Kalau tanya Budiey, budiey lebih suka barang atau gajet yang compact, yang kecik, dan nipis. Dan yang penting sekali, gajet tu sangat sangat ringan di mana kita boleh bawak kemana sahaja…okay, untuk info korang, kamera INSTA360 GO ini sangat ringan, gais dan berat dia hanya 20 gram sahaja. So, sangat mudah nak bawa ke mana-mana, terutama sekali kita boleh bawak masa travel dan jalan-jalan. 

Kamera INSTA360 GO

Tak silap, google pernah keluarkan satu produk macam ni… google klip ke apa ntah

Benda yang korang akan tengok semasa buka kotak ialah kamera Insta360 GO, CHARGING CASE atau adapter.

Insta360 GO didatangkan dengan beberaoa jenis aksesori & MOUNT:

  • STICKY MAGNET MOUNT
  • HAT ATTACHMENT 
  • MAGNET ATTACHMENT 

Tengok pada saiz kamera ni, sama besar dengan saiz ibu jari aku daaaaa….

Okay jom kita mulakan dengan soalan yang utama, soalan pokoknya, yang mungkin, korang akan tanya… macamana kualiti video kamera ni? Apa yang aku baca dan aku tengok video-video dari kamera ni, tengok pada saiz kamera ni, aku sangat impress… 

Dia takdelah sama dengan kualiti GoPro yang gempak tu tapi bagi aku still okaylah sebab dia punya saiz kecik je beb.  Bukan tu je, video sangat stabil dan tak goyang. Macam pakai gimball. 

Untuk rekod, korang hanya perlu tekan sekali je kat butang kat depan kamera ni. Tak sampai satu saat, dia akan rekod video. Sangat pantas. Dengan Insta360 GO ni korang boleh ambik gambar foto, video, slow motion dan juga hyperlapse. 

Sebenarnya, kita boleh customise untuk rekod video. Kita boleh ubah setting,  samaada sekali tekan, dua kali tekan, tiga kali tekan. 

Korang juga boleh amnbik gambar selfie dan juga group shots dengan kamera ni sebab dia ada ultrawide fisheye dan ia ada ciri gambar yang stabil. tak goyang. 

Untuk slow motion pulak, insta360 GO ni boleh capture slow motion video dengan 1600 x 928 resolution pada 100fps. Fail akan disimpan dengan 25fps dalam bentuk slowmotion tanpa audio. 

Kamera ni juga ada fungsi wireless sehingga 10 meter jauhnya. 

Korang boleh guna untuk IG story gak sebab dia boleh buat video vertical, horizontal dan juga square. Boleh buat video mcm guna wide lens. 

Kamera ni ada magnet kat belakang dia, bermakna korang boleh lekat kamera ni kat mana-mana besti atau metal untuk dijadikan stand. Tapi secara personal bagi aku, paling fevret spot adalah kat sini… i’ve got magnetic niplles/. haha haha

Aksesori yang diberikan ialah rantai dan kita boleh lekatkan di sini..dan kita boleh rekod mungkin tanpa disedari oleh sesape yang kita jumpa untuk merakan. perspektif yang lebih bersahaja.

Kita boleh lihat ada butang kat sini.kita boleh tekan satu kali kat depan ni untuk 15 saat atau 30 saat video.  then dia akan cut dan kita boleh sambungkan nanti. di mana kita tak boleh rekod dalam tempoh yang lama, seminit, dua minit. Paling lama dia akan rakam semalam 30 saat je. 

Dari segi ketahanan pula, kamera ni adalah IPX water resistant, maksudnya dalam erti kata lain kamera ini bukannya kalis air. Erti lainnya, kalau setakat percikan air atau terkena splash ke tu takpe la lagi. Atau terkena air shower tu dalam 10 saaat tu tak pe. 

Walaupun bagi aku gajet ni sebuah kamera yang ohsem, tapi aku rasa ada beberapa benda yang aku rasa tak suka dengan gajet ni, antaranya, dia punya bateri life tak lama sangat. Kita hanya boleh rakam video selama 30 saat dalam 25 video je, kemudian bateri dia akan kong, akan habis. atau lebih kurang 100 video berdurasi 15 saat. Tapi nak caj sekejap je, dalam 18 minit macam tu, dia boleh caj full. 

Keduanya, kapasiti rakaman sangat terhad. Kamera ni ada 8 gigabait memori. 

Ketiga, yang aku tak suka sebab kamera ni takde live prebiu. Kita tak dapat tengok hasil rakaman tu, kecuali selepas kita transfer ke dalam fon kita. 

Ke-4, kamera ni takde kawalan exposure.

dan kelima, dia tak macam gopro, dia tak berapa nak tahan lasak sangat. jadi kena hati-hati masa guna. dah lah kecil, kalau jatuh susah jugak nak cari ni. dia juga takde protected lens dan tiada shockproof… makna kata kalau nak masuk dalam air tu hati-hati jugaklah, setakat splash ke terkena hujan tu okay la lagi aku rasa. 

Persoalan lain yang Budiey nak tahu, korang rasa la kan, korang perlu ke gajet kamera sekecil ni? 

Aku percaya tak semua orang akan beli kamera macam ni. Hanya sesetengah je yang rasa nak beli. 

Aku rasa bagi aku, aku akan guna kamera ni untuk merakam moment2 secara spontan semasa temubual bersama selebriti. You know la bila dengan selebriti ni, bila aku jolok diorang dengan mic, dengan berbual secara depan-depan, hangout santai macam tu, lain sikit. masa temubual bahasa diorang gunakan skema sikit, tapi kalau borak-borak santai tanpa mereka sedar aku tengah rekod, mungkin cara diorang bercakap tu lain sikit. 

Kamera ni juga boleh digunakan untuk vlogging atau untuk casual shooter. Untuk sosial media, tak kiralah nak rekod untuk IG Stories ke Facebook Stories ke. 

Cuma dia punya audio agak so so la. Tambah lagi kalau ada angin atau ribut, memang jelas la dengar ada gangguan. But overall dia ada stabilaiz so video nampak smooth. Kalau korang cari action camera yang ada fungsi stabilize yang sangat ringan iaitu di bawah 20 gram, aku rasa kamera ni sesuai untuk korang. 

Kamera ni berharga $210, dalam RM800 lebih macam tu, tapi sebagai seorang vlogger dan Youtuber, bagi aku berbaloi la guna benda alah ni. Korang boleh beli kat Lazada atau kat kedai Insta360.

Aku rasa setakat ini sahaja vlog gila gajet, buka kotak insta360 GO, apa kata tulis komen korang kat bawah ni, samada korang suka ke tak dengan kamera ni? Kalau suka kenapa korang suka? kalau kata tak suka, kenapa korang tak suka. kemukakan pendapat jujur korang, okay?

Sekitan sahaja buat kali ini, berjumpa lagi di masa akan datang. 

Dun forget to hit the subscribe button ya. Like, share & komen! Biuuuuudemmmm!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapakah Bakal Peserta Dewi Remaja 2019/2020

All You Need Is Love & Great Music at Resorts World Genting