Isu mengenai bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal mendedahkan hampir berkahwin dengan usahawan kosmetik itu pada 2018 hangat, diperkatakan sejak minggu lalu. Malah, Iqbal juga menunjukkan bukti Vida pernah melakukan ujian kesuburan dan disahkan masih subur serta boleh melahirkan zuriat lagi.
Terbaru, menerusi perkongsian di Insta Story, Vida mengakui cemas apabila sudah empat bulan tidak datang haid serta membuatkan dia risau apatah lagi ia merupakan simptom menopause.
Bagaimanapun, Vida meluahkan rasa syukur dia disahkan subur dan berupaya melahirkan cahaya mata lagi. Dalam satu lagi video, Vida turut memuat naik video beberapa gambarnya bersama Iqbal serta meminta pengikutnya mendoakan yang terbaik.
“Empat bulan lepas saya tak period, seusia saya 50-an memang fasa menopause. Saya fikir saya di fasa pra-menopause tapi saya tak pernah putus minum pamoga setiap bulan. Alhamdulillah berkat amalkan pamoga, haid saya teratur semula dan normal macam keguguran.
“Alhamdulillah, dalam saya baik dan boleh melahirkan zuriat lagi. Apa yang saya nak sampaikan adalah usia, cepat, lambat bukan penghalang untuk kita mendapatkan zuriat. Nak lebih yakin saya buat check up kesuburan, ambil darah dan sebagainya,” kongsinya.
Terdahulu, Vida berkata dia tidak terfikir lagi untuk berkahwin lagi buat masa ini dan andai bertemu jodoh dia mahu bakal suami yang setaraf dengannya.
DSV Buat Ujian Kesvburan, Bekas PA Dedah Pernah Bawa Vida Jumpa Ibu
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida (DSV), Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan dia bersama usahawan kosmetik itu pernah merancang untuk berkahwin pada beberapa tahun terdahulu.
Menerusi laman sosial Instagram, Iqbal membuat pendedahan tersebut untuk tatapan umum.
Menurut Iqbal lagi, dia juga telah membawa DSV pulang ke rumah untuk bertemu dengan ibunya.
Menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp di antara mereka berdua, DSV telah mengambil ujian kesuburan untuk memperoleh anak.
“Alhamdulillah beliau masih mampu melahirkan zuriat. Namun kami memikirkan perasaan banyak pihak,” kata Iqbal mengenai perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada tiga tahun lalu.
Di samping itu, Iqbal turut meminta nasihat daripada rakan seindustri, Datuk Seri Aliff Syukri mengenai hubungannya bersama DSV.
Menurutnya, Aliff Syukri merupakan penasihat yang baik meskipun perwatakannya yang lucu dan bersahaja.
“Kalau awak rasa bahagia, ikut kata hati sebab bagi saya perasaan ni tak boleh nak tipu. Kalau awak rasa dia seorang wanita yang baik yang membahagiakan awak, tak salah nak kahwin,” ujar Aliff.
Terdahulu, nama Iqbal kembali menjadi sebutan ramai apabila dia dikatakan bakal berkahwin dengan usahawan tersebut.
Namun DSV menafikan khabar angin tersebut dan beranggapan itu sekadar gosip.
Padanya, anak-anak, keluarga dan masyarakat adalah keutamaannya ketika ini.
Vida pernah pecat PA serta-merta, 9 pasang sut turut minta dipulangkan
PETALING JAYA: Tanda tanya ‘kehilangan’ pembantu peribadi kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman sejak akhir-akhir ini terjawab apabila lelaki itu mendedahkan keadaan sebenar yang menimpa dirinya.
Ahmad Iqbal Zulkefli berkata, dia telah dipecat serta-merta pada 1 Jun lalu oleh usahawan terkenal yang dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu.
“Saya dipecat serta-merta oleh Dato Seri Vida. Sebagaimana tertulis, saya ditugaskan jawatan sebagai setiausaha sulit/ PA (pembantu peribadi), pegawai media dan pegawai pemasaran.
“Sebelum ini Dato Seri Vida menyatakan bahawa saya tidak lagi bekerja sebagai setiausaha sulit/ PA. Sejujurnya, saya bukan ditukar tetapi ditambah jawatan,” katanya kepada mStar Online sambil menyertakan sekali surat pemecatan tersebut.
Melalui surat tersebut, Ahmad Iqbal gagal mengikuti skop kerja yang telah diberikan kepadanya sepanjang berkhidmat di Wisma Vida Beauty Sdn. Bhd.
Bagaimanapun, pemuda berusia 24 tahun itu mendakwa sejak menerima tugasan baharu tersebut, kerjanya bertambah banyak.