VERSUS MENGUNGGULI LAMAN SOSIAL MEDIA
Lebih 0.5 bilion ’impressions’ melalui #VersusMY
Budiey nak ucapkan syabas untuk TV9 (Saluran 119) dan Hot FM kerana ternyata berjaya emainkan peranan dalam mengubah evolusi industri muzik ke tahap yang lebih tinggi, di samping menanam misi untuk berinteraksi dan menyediakan platform kepada para remaja untuk mengekspresikan diri mereka. Kejayaan dan penerimaan positif Versus jelas terbukti melalui maklumbalas penonton serta telah menjadi topik perbualan hangat di laman sosial media.
TV9 baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Versus telah berjaya mengungguli laman sosial media dengan #Versusmy memperolehi 517 juta impressions, 9 juta reach, 49,000 tweets oleh 10,600 contributors, sejak mula disiarkan pada 13 April 2012 sehingga 2 Jun 2012. Lebih membanggakan lagi apabila pada konsert Konfrontasi Terakhir, Versus berjaya merangkul takhta trending nombor 1 di Malaysia!
Laman web rasmi Versus www.tv9.com.my/versus telah mencapai jumlah angka 51,882 pageviews untuk musim ini. Lebih hebat lagi apabila konsert Konfrontasi Akhir yang disiarkan secara live streaming di laman web rasmi Versus telah ditonton oleh seramai 52,495 orang. Malahan, siaran ulangan atau catchup turut mendapat sambutan hangat dengan capaian sebanyak 55,000 tontonan selama 8 minggu disiarkan di laman www.tonton.com.my.
Pada Konfrontasi Terakhir Versus, Space U8 Shah Alam telah digegarkan dengan kehadiran lebih 3,500 orang yang sudah mula membanjiri pusat membeli belah itu seawal 6.00 petang lagi. Walaupun konsert itu berakhir selewat 1.30 pagi namun peminat yang hadir teguh memberi sokongan untuk melihat kreativiti tanpa batasan yang dipersembahkan oleh 6ixth Sense, Black & Parallax, Go Gerila! Hujan dan Sofazr. Ini membuktikan bahawa konsep Versus dalam percubaan pertama untuk melahirkan pemuzik yang lebih berinovatif telah mendapat penerimaan positif daripada orang ramai.
Hadir dengan pakej lengkap penuh keunikan, Hujan berjaya mendominasi konsert final dengan pelbagai elemen kejutan yang menambah rencah persembahan mereka sekaligus merangkul gelaran band paling kreatif di pentas Versus. Memperoleh undian sebanyak 50.4% kedudukan Hujan hanya dibezakan dengan peratusan undian sebanyak 0.8% di hadapan Go Gerila!. Walaupun Go Gerila! dinobatkan di tangga kedua, mereka merasakan bahawa mereka juga adalah juara.
Ini kerana walaupun masih baru dan tidak dikenali di arena ini, Go Gerila! telah berjaya membuktikan bakat dan kreativiti mereka yang tinggi dan harus dipuji.
Gambar Sekitar Final Versus TV9: