in , ,

Vanessa Reynauld Sertai ‘Sing! China 2023 Terima Pujian Daripada Mentor 

Vanessa Reynauld Terbang Ke Shanghai Untuk Program ‘Sing! China 2023’. Penampilan Sulungnya, Telah Mendapat Pujian Daripada Empat Orang Mentor Yang Terkenal Di China.

Penyanyi muda yang memenangi anugerah ‘Artis Baru Terbaik’ dalam AIM 23, Vanessa Reynauld yang mempunyai kebolehan berbahasa Cina, Inggeris, dan Bahasa Melayu. 

Vanessa menjejakkan kaki di Shanghai untuk menyertai program ‘Sing! China 2023’di Zhejiang TV. Nama asal yang digunakan untuk program pada musim lalu adalah ‘The Voice of China’. Bakat nyanyiannya yang hebat dan personalitinya yang unik telah menjadi topik perbualan dan perbincangan dalam komuniti siber (sosial media) di China.

Buat julung kalinya pada episod kedua minggu ini, Vanessa Reynauld membuat persembahan sulungnya dalam program ‘Sing! China 2023’ dan lagu pilihan ialah “Riding The Wind” daripada penyanyi dan pengubah lagu yang berbakat iaitu, David Huang. 

Vanessa Reynauld Sertai ‘Sing! China 2023 Terima Pujian Daripada Mentor

Persembahan nyanyiannya yang mantap dan penampilannya yang matang telah menarik perhatian semua penonton di studio. 

Selain itu, Vanessa telah mendapat pujian daripada keempat-empat mentor yang berhasrat untuk rekrut sebagai salah seorang ahli pasukannya mereka. 

Keempat-empat mentor menjelaskan mengapa Vanessa harus berada dalam pasukan mereka dan akhirnya berlaku perebutan dan perdebatan yang mencuit hati netizen.

Musim kali ini, program ‘Sing! China 2023’ menggunakan format pertandingan yang baru yang terbahagi kepada dua fasa yang inovatif iaitu ‘Pilihan Buta’ dan ‘Pilihan Terbuka’. Tradisi program yang dikekalkan sejak 11 tahun lepas iaitu dengan membuat pemilihan secara ‘Pilihan Buta’ dan format terbaru kali ini, para mentor akan berhadapan dengan peserta. 

Jika seorang mentor memutuskan untuk tidak memilih peserta tersebut, akan memilih untuk tekan butang dan berpaling menghadap belakang, kaedah ini memberikan elemen persaingan yang lebih menarik dan positif. 

Selain itu, program ini juga telah menjemput para mentor yang mempunyai latar belakang yang hebat pada musim kali ini seperti Emil Chau, Joker Xue, Will Pan, dan Henry Lau (salah seorang ahli kumpulan lelaki popolar di Korea iaitu Super Junior), telah membawa elemen unik dan kepelbagaian gaya pada rancangan ini.

Ketika menyanyikan lagu “Riding the Wind”, Vanessa telah menyanyikannya dengan gaya tersendiri selain dari merombak lagu daripada lagu asal, Vanessa juga mampu mengawal rasa gemuruh dan lebih menekankan pada interpretasi nyanyian yang halus namun masih kekal padu, telah mendapat pujian daripada keempat-empat mentor. Emil Chau, sangat teruja pada episod kali ini berbanding episod lepas kerana kehadiran Vanessa dalam program tersebut dan Emil Chau juga berusaha untuk memenangi hatinya untuk menyertai pasukannya. 

Emil Chau membuat tawaran perjanjian untuk mengunjungi keluarga Vanessa di Malaysia pada bulan September 2023 ketika dia akan mengadakan konsert di sana, dan berharap untuk bertemu dengan mereka jika Vanessa menyertai pasukannya. 

Selain itu, Henry Lau, sangat teruja dan memberikan tumpuan apabila menyedari bahawa Vanessa menyanyikan lirik “Riding the Wind” dengan kelainan serta emosi yang berat, dengan segera meminta dia untuk menunjukkan tiga cara berbeza untuk menyampaikan lirik tersebut secara spontan. Henry juga berbesar hati untuk merekrut Vanessa dalam pasukannya, dan dia akan memberikan sokongan penuh untuk membantu Vanessa mencari kepakaran dalam muzik.

Vanessa Reynauld Sertai ‘Sing! China 2023 Terima Pujian Daripada Mentor

Tonton sekarang ‘Sing! China 2023’, eksklusif di Astro Go dan Astro Quan Jia (Saluran 308) untuk mengetahui pasukan mentor yang mana Vanessa pilih pada musim ini.

Selain itu, Vanessa berharap agar diberi peluang untuk membuat lebih banyak persembahan di pentas ‘Sing! China 2023’ dengan gaya yang berbeza dan serba boleh pada masa akan datang. Vanessa juga berjanji untuk memberikan tumpuan dan usaha yang maksimum dalam setiap persembahannya. Selain daripada persiapan yang dilakukan untuk menghadapi cabaran di pentas yang akan datang, Vanessa juga akan bakal melancarkan single terbarunya “IGAU” pada 25 Ogos, yang akan berada di semua saluran digital strim muzik.

Vanessa penyanyi yang berasal dari Klang, Selangor dan mewakili Malaysia pada tahun 2016 dalam pertandingan nyanyian ‘China Overseas Chinese Youth Chinese Singing Competition’ di Beijing, di mana dia memenangi pingat perak. 

Selepas itu, Vanessa mengambil bahagian dalam pelbagai program nyanyian termasuk “I Want to Sing with You 3” dan “More Courageous as We Fight”, sehingga menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Sony Music Malaysia pada tahun 2020 untuk menjadi penyanyi yang menerbitkan album rasmi. Pada tahun 2022, dia menjadi individu di muka depan untuk “Spotify EQUAL” dan muncul di Times Square, New York, AS, membawanya ke dalam pandangan umum yang lebih luas. 

Pada tahun yang sama, dia berjaya memenangi anugerah “Artis Baru Terbaik” di acara Anugerah Industri Muzik 23 (AIM 23) yang diiktiraf dalam negara dan pencapaian dua kali Anugerah Platinum dari hasil jualan strim digital untuk lagu Rindu Separuh Nyawa yang menggunakan lagu itu sebagai runut bunyi, berjaya mengungguli carta drama 2021.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SITI NORDIANA

Siti Nordiana Lancar Single ARAH CINTA  Hasil Ciptaan Ikhwan Fatanna

“Kalau Dia Pilih Lelaki Saya Tak Kisah, Saya Boleh Taja Majlis Sanding Dia”