in ,

Vaksin Dah Lengkap? KFC & Pizza Hut Beli 1 Percuma 1 Sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-58

QSR BRANDS GALAK RAKYAT MALAYSIA AMBIL VAKSIN DENGAN PENAWARAN SEBANYAK 580,000 HIDANGAN KFC & PIZZA HUT ‘BELI 1 PERCUMA 1’ SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE-58

QSR Brands, syarikat makanan berjiwa rakyat dan peneraju utama jenama rangkaian makanan yang mengendalikan KFC dan Pizza Hut Malaysia berbesar hati meneruskan usaha menentang COVID-19 dengan inisiatif baharu, ‘Beli 1 Percuma 1’ dalam menggalakkan rakyat Malaysia mengambil vaksin dengan segera. Inisiatif ini akan bermula esok, 16 September bersempena sambutan Hari Malaysia dengan menawarkan 580,000 hidangan KFC dan Pizza Hut percuma selama sebulan. 

Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Pengerusi QSR Brands berkata, “Untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil vaksin secepat mungkin dan mengekang ancaman COVID-19, QSR Brands menyokong usaha untuk meningkatkan peratusan vaksinasi agar mencapai imuniti kelompok. Atas dasar ini, kami mengambil berat kesejahteraan rakyat dan memastikan persekitaran yang selamat dan sihat untuk semua adalah amat penting. Justeru, Kempen “Beli 1 Percuma 1’ adalah salah satu cara kami sebagai syarikat berjiwa rakyat untuk menggalakkan pengambilan vaksin sekaligus menzahirkan penghargaan kepada Rakyat kerana telah melakukan tanggungjawab mereka ke arah masa depan lebih baik negara.” 

Vaksin Dah Lengkap? KFC & Pizza Hut Beli 1 Percuma 1 Sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-58

Sebagai sokongan kepada kempen Lindung Diri, Lindung Semua, QSR Brands juga turut menyumbangkan 70,000 pelitup muka KFC edisi terhad yang menetapi spesifikasi yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). 

QSR Brands adalah sebuah syarikat “people first” dan dalam situasi ini kami mengutamakan kesejahteraan warga kerja kami sepanjang waktu mencabar ini dengan menggalakkan pengambilan vaksin, memberi vaksin secara individu kepada warga kerja di kawasan luar bandar dan mengatur semula kaedah kerja bagi membolehkan wanita hamil bekerja dari rumah untuk kekal selamat. 

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama sehingga hari ini, QSR Brands telah mengagihkan lebih 74,500 pek makanan kepada komuniti terjejas dan petugas barisan hadapan di seluruh Malaysia. QSR Brands komited untuk memerangi COVID-19 dan membantu dalam usaha kebajikan kepada masyarakat melalui inisiatif-inisiatif Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) kami. 

‘Beli 1 Percuma 1’ memberi ganjaran kepada penerima lengkap vaksin COVID-19 dengan 1 hidangan KFC percuma berjumlah sehingga RM13.49 atau 1 hidangan hangat Pizza Hut percuma berjumlah sehingga RM29.90 dengan pembelian 1 hidangan. Untuk menebus, sila ikuti langkah-langkah di seperti berikut: 

a. KFC 

  1. Daftar atau log masuk di https://kfc.com.my/vaksin.
  2. Muat naik dan sertakan imej sijil vaksin untuk mendapatkan e-baucar/kod promo unik yang akan
    dihantar kepada emel anda.
  3. Layari www.kfc.com.my atau aplikasi, pilih hidangan untuk dibeli, dan masukkan kod promo
    semasa ‘check out’.

*Penawaran ini hanya sah apabila anda memilih pesanan atas talian KFC Delivery dan KFC Self Collect. 

b. Pizza Hut 

  1. Daftar atau log masuk di https://vaksin.pizzahut.com.my.
  2. Muat naik dan sertakan imej sijil vaksin untuk mendapatkan e-baucar/kod promo unik yang akan
    dihantar kepada emel anda.
  3. Layari www.pizzahut.com.my atau aplikasi, klik laman ‘coupon’, mula pilih dan ubahsuai piza
    anda dan pergi ke ‘check out’.

*Penawaran ini hanya sah apabila anda memilih khidmat Pizza Hut Delivery dan Bawa Pulang melalui pesanan atas talian dan ‘Walk-in’ 

Layari http://vaksincovid.gov.my untuk maklumat lanjut tentang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan layari https://kfc.com.my/vaksin dan https://vaksin.pizzahut.com.my untuk menebus hidangan KFC & Pizza Hut segar percuma! 

Mengenai QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) 

QSR Brands merupakan operator francais kepada lebih 850 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Ia juga merupakan pemilik francais kepada lebih 480 konsep restoran dan penghantaran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura. Selain operasi restoran, ia juga terlibat dalam pembiakan baka ayam, perladangan ayam kontrak, penetasan telur ayam, pengeluaran dan pemprosesan daging ayam serta perniagaan sampingan seperti pemprosesan roti, commissary dan pembuatan sos. Ini menjadikan QSR sebagai pengendali makanan tunggal dan pertama yang bersepadu sepenuhnya di Malaysia. QSR dan semua subsidiarinya memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya. Setiap aspek pembuatan makanan adalah mengikut kawalan yang ketat dan hanya menerima sijil-sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta mematuhi MS1500:2009. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meer Nash Ketengahkan Versi ‘Asal’ SARANGHAE

Yahoo! Orang Malaysia Akan Dapat Guna Aplikasi Apple Fitness+ Tahun Ini