Antara tiga wanita iaitu tunangnya di kampung, Citra (Ainul Aishah), Humaira (Maria Farida), wanita yang ditemuinya ketika dia melanjutkan pengajian di Uzbekistan dan Nargiza (Aziza Halilova), wanita Uzbekistan yang memerlukan perlindungan daripadanya, Fahim terjerat untuk memilih bersama dengan siapa.
Ikuti kisah drama 26 episod bertajuk “Fajar Di Bukhara” arahan Zulkiflie R.shad yang menjalani penggambaran di Uzbekistan ini menerusi saluran TVi (Astro 180) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9.00 malam bermula 15 Jun ini. Fajar Di Bukhara turut ditayangkan di TV1, setiap hari pada pukul 7.00 malam bermula 22 Jun depan.
Menampilkan gandingan pelakon mantap seperti Azrel Ismail, Maria Farida, Ainul Aishah, Aziza Halilova dan Zizan Nin, ia mengisahkan Humairah seorang perniagaan tekstil berjaya yang mewarisi perniagaan keluarganya, namun masih belum berkahwin pada usia 40 tahun. Masanya hanya dihabiskan dengan kerja dan adik angkatnya Husna yang masih menuntut di Bukhara. Sementara itu Fahim ditawarkan melanjutkan pengajian di Bukhara, Uzbekistan. Namun ibunya Mak Siti berat hati melepaskan Fahim pergi. Mak Siti lembut hati setelah Fahim bersetuju untuk bertunang dengan Citra, gadis pilihan yang sekampung dengannya.
Uzbekistan Temukan Cinta Maria Farida Dan Azrel Ismail Dalam “Fajar Di Bukhara”
Pertemuan pertama antara Fahim dan Humairah ketika bersiar-siar di Bukhara menerbitkan rasa cinta di hati Humairah meskipun sedar pemuda itu muda 15 tahun berbanding dirinya. Fahim berkawan dengan Husna, adik angkat Humairah yang sekampus dengannya. Tanpa diduga mereka bertemu semula bila Husna memujuk Humairah menerima Fahim bekerja sambilan di syarikat Humairah.
Sementara itu Nargiza, seorang gadis tempatan sedang melarikon diri dari dikejar oleh kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Bukhara. Dia telah diselamatkan oleh Fahim. Niat untuk menyelamatkan Nargiza memaksa Fahim mengambil keputusan menikahi gadis itu. Humairah terkejut mengetahui berita tersebut. Situasi itu dirahsiakan daripada keluarga Fahim.
Citra sedih mengetahui perkahwinan Fahim dengan Nargiza. Dia mendapat sokongan moral Rustam, teman sekerjanya. Tidak mahu dirinya dianggap perampas, Nargiza mengizinkan Fahim menikahi Citra setelah mereka pula ke tanah air. Citra dan Fahim akhirnya berkahwin. Nargiza meminta izin Fahim untuk bekerja.
Sementara itu meskipun memiliki dua isteri, Fahim mula rindukan Humairah yang berada di Bukhara. Timbul rasa cinta dan rindu untuk wanita itu. Dia mula terfikir untuk menemui Humairah.
Humairah pula didekati lelaki si hidung belang bernama Duan yang cuba untuk mengambil kesempatan membolot hartanya. Humairah hampir-hampir terpedaya dengan pujukan Duan.
Setelah bekerja, Nargiza mula didekati oleh Rustam. Lelaki itu jatuh cinta pada Nargiza namun sebaliknya bagi Nargiza yang mula mencintai Fahim suaminya dalam diam mesikupun lelaki itu agak dingin dengannya. Salah faham berlaku hingga mengakibatkan Fahim menceraikan Nargiza kerana menyangka isterinya itu mencintai Rustam. Nargiza terkejut namun tidak menolak bila Fahim menguruskan pernikahannya dengan Rustam.
Citra disahkan hamil. Fahim gembira namun tetap meneruskan niatnya menjejak Humairah di Bukhara. Citra akhirnya selamat melahirkan anak perempuan sekalipun tanpa suami di sisi.
Jodoh di tangan Allah. Setelah pelbagai dugaan dihadapi akhirnya cinta Fahim dan Humairah bersatu dan mereka dinikahkan. Citra hanya akur menerima situasi itu meskipun sedih dan terpaksa menerima kenyataan cinta Fahim terhadap Humairah mengatasi segalanya.
Nargiza yang pada mulanya sukar menerima Rustam akhirnya menerima lelaki itu. Mereka gembira menjalani kehidupan dan bakal menerima anak sulong.
Begitupun sisi bahagia dilalui Fahim dan Humairah tidak lama. Fahim terpaksa berdepan dengan kenyataan yang sukar diterima isterinya merahsiakan penyakitnya untuk terus melahirkan zuriat yang dinantikan mereka. Ikuti kesudahannya hanya di RTM.