in ,

Uyaina Arshad Rasa Lucu, Ada Peminat Tentukan Kehidupan Artis Kegemaran Mereka

STATUS yang dimuat naik pengacara dan pelakon Uyaina Arshad di laman Twitter miliknya mengundang pertanyaan dalam kalangan netizen. Apakah perlu peminat tentukan kehidupan seseorang artis?

Menerusi perkongsian tersebut, Uyaina, 28, berkata terdapat segelintir individu yang dianggap bukan peminat sebenar gemar menyusun jalan kehidupan artis kesayangan mereka. Menurut pemilik Saidatul Naseha Uyaina Arshad ini, memilih pasangan dan menentukan perkongsiannya di laman sosial bukan untuk memuaskan hati semua pihak dan dia tidak mahu terganggu dengan perkara tersebut.

Uyaina Arshad

“Lucunya bila ada segelintir fans gemar tentukan kehidupan artis kegemaran mereka,”

Uyaina Arshad

“Lucunya bila ada sesetengah individu digelar ‘peminat dan pengikut’ yang gemar menyusunkan kehidupan artis kegemaran mereka.

“Dengan siapa kita perlu pilih untuk bersama, apa yang kita perlu dan tak perlu kongsi di media sosial bukan untuk memuaskan hati anda.

“Benci dengan semua yang anda mahukan. Saya tidak akan terganggu dengan perkara itu. Saya mempunyai kehidupan untuk diteruskan,”

– Uyaina
Uyaina Arshad
Status yang dimuat naik Uyaina tarik perhatian.

Saya tidak akan terganggu dengan perkara itu. Saya mempunyai kehidupan untuk diteruskan

– UYAINA

Biarpun pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini tidak menjelaskan lebih terperinci mengenai status tersebut namun rata-rata peminat menyokong dan bersetuju dengan kenyataan itu.

Uyaina Arshad

“Sokong kak Yana… peminat tak payah masuk campur hal peribadi.

“Elakkan peminat yang toksik kak Yana. Fokus dengan impian awak seterusnya,” komen beberapa peminatnya.

Sebelum ini, Uyaina dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi Raja Syahiran selepas foto mereka memakai baju sedondon berwarna putih ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Mira Filzah menjadi tular.

Menerusi laporan mStar pada 25 September lalu, Raja Syahiran atau nama sebenarnya Raja Syahiran Raja Azharianshah, 27 berkata dia tidak menjangkakan foto mereka itu akan menarik perhatian netizen.

Bagaimanapun, Raja Syahiran mengakui dia dan model muslimah itu dalam proses mengenali satu sama lain namun soal berkahwin itu bukan menjadi fokus utama mereka.

*Sumber: mStar & IG Uyaina 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airbnb Online Experiences: Take Virtual Trips From Home For Out-Of-School Learning

Donald Trump Dikecam Keluar Hospital Temui Penyokong