Menerusi perkongsian di X, Uyaina Arshad berkata Raja Permaisuri Agong berkenan memberikan wang tunai kepadanya selepas mengetahui dirinya sedang hamil.
“Wehhhh Raja Permaisuri Agong bagi I duit sebab mengandung. But bukan untuk I laaaa. Untuk baby. Nak simpan lah duit ni. Jadikan ibu duit supaya duit baby I boleh beranak pinak,â€
– Uyaina Arshad
Perkongsian Uyaina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan bertuah bayi Uyaina dapat rezeki daripada Permaisuri Agong.
Dalam pada itu, rata-rata memuji Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sememangnya berjiwa rakyat dan disayangi ramai.
Sementara itu, ada netizen mengatakan Permaisuri Agong sangat prihatin terhadap ibu yang sedang mengandung.
Malah, baginda pernah melalui kepayahan 16 kali melakukan rawatan in vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan zuriat serta memahami perasaan ibu mengandung.