in ,

Utamakan Keselamatan, CEO Twitter Tawarkan Bekerja Di Rumah Seumur Hidup

Semenjak penularan COVID-19 di serata dunia, kebanyakan pekerja syarikat sama ada kecil ataupun besar, mengambil inisiatif dengan membenarkan para pekerja mereka melaksanakan tugas di rumah.

Perkara ini semenangnya diamalkan oleh kebanyakan syarikat di seluruh dunia. Kerajaan mengarahkan pihak pengurusan menjaga aspek keselamatan dan kebajikan para pekerja sepanjang tempoh perintah kuarintin atau berkurung dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey menawarkan dan membenarkan pekerjanya untuk bekerja dari rumah secara kekal, walaupun wabak COVID-19 ini telah berakhir.

Twitter

Namun, masih lagi terdapat beberapa pekerjaan yang memerlukan kehadiran di pejabat dan mereka dialu-alukan untuk masuk serta melaksanakan tugas di pejabat seperti biasa.

Twitter antara syarikat yang terawal mendorong pekerjanya untuk mulai bekerja dari rumah pada awal Mac lalu ketika COVID-19 mula tersebar di seluruh Amerika Syarikat. Beberapa syarikat teknologi lain melakukan perkara yang sama, antaranya termasuk Microsoft, Google, dan Amazon.

Twitter

Syarikat ini juga akan membatalkan semua projek mereka untuk sepanjang tahun ini, dan bakal merombak rancangan baru mereka untuk tahun 2021.

Twitter juga bakal menaikkan elaun kerja dan bekalan rumah kepada $ 1,000 untuk semua pekerja mereka.

Sumber: BuzzFeed.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awesome TV Lantik Johan Ishak Sebagai Pengarah Urusan

Jelajah Ramadan RTM 2019 Masuk Edisi Ke-8