Ada pihak yang telah membuat laporan polis serta membantu golongan yang teraniaya untuk berani ke hadapan. Ada juga pihak yang mempertahankan Ustaz Ebit Lew yang dirasakan telah difitnah.
Terbaru, Ustazah Noor Laila telah membuat satu hantara di Facebooknya dengan memberikan pesanan kepada Ustaz Ebit Lew serta untuk kita semua. Mari kita ikuti penulisan beliau.
Pesanan kasih sayang Allah buat sahabat baikku Ustaz Ebit Lew & seluruh rakyat Malaysia
Hari ini saya titipkan pesanan menjawab segala persoalan yang bertubi-tubi kepada saya berkenaan Ustaz Ebit Lew.
Bagi mereka yang telah lama tahu saya adalah sahabat baik beliau serta ada artikel saya yang berkali-kali diviralkan sebelum ini berkaitan kebaikan Ebit Lew.
Semoga Allah ampunkan saya. Amin Amin Amin Ya Rabb.
Bacalah dengan lapang dada semata-mata kerana Allah.
Buat sahabat baikku Ustaz Ebit Lew.
Seandainya benar apa yang diperkatakan orang tentang dirimu, semoga Allah mengeluarkanmu dari segala kesulitan-kesulitan hidupmu dan kesakitan-kesakitan yang kau tanggung sehingga kau melakukan kerosakan sebegini besar. Ketahuilah bahawa ia kerosakan yang besar.
Semoga Allah mengampunkanmu dan mengampunkan diriku dan semua rakyat Malaysia.
Sesungguhnya pada bahumu tergalas begitu banyak harapan manusia dan amanah yang perlu dipikul.
Pasti ada ubat dan penawar. Ubatilah dirimu dan carilah jalan keluar sebelum terlambat. Terlalu ramai ingin menolongmu. Sangat ramai.
Setiap tipu daya tidak boleh ditutup dengan tipu daya wahai sahabat.
Ia menghancurkan banyak hati dan menghancurkan seluruh hidupmu sahabat.
Adalah satu kemuliaan untuk memohon maaf, berhenti melakukankannya dan mengawasi dirimu dgn seketat dan sehabis baik dan duduk berdamping dan belajar bersama guru alim yang tshikah di samping tetap bersama isteri dan anak-anakmu.
Seandainya ia merupakan fitnah ke atasmu, semoga Allah menganjarimu dgn sebanyak-sebanyak kebaikan yang tak terhitung.
Saya bercakap atas kapasiti seorang sahabat baik yang tahu akar umbinya.
Buat yang tidak tahu akar umbi dan pengetahuan sangat terhad, maka lebih baik tidak menyokong dan tidak mengeji.
Boleh jadi tuan puan menyokong walhal tuan puan sedang menyokong kemungkaran yang tersembunyi.
Dan bila mana tuan puan menuduh orang lain membuat fitnah ke atas Ebit Lew, boleh jadi tuan puan pula sedang memfitnah orang-orang tersebut yang menjumpai kebenaran.
Tidak ada manfaat seorang mukmin untuk memfitnah mukmin yang lain.
Dan adakah benar Tuan Puan ada pengetahuan 100% Ebit Lew tidak melakukannya? Bukan sekadar rasa-rasa, yakin-yakin.
Jika Ya, maka selayaknya Tuan Puan tampil ke depan memberitahu, Ya, dia benar-benar difitnah. Bantu dia keluar dari fitnah ini, Tuan Puan.
Jika sekadar rasa-rasa, maka itu tidak adil untuk mengatakan dia difitnah.
Dan sesiapa yang benar menjadi mangsa, maka tampillah ke hadapan dan buat laporan. Ia satu jihad yang besar menyelamatkan lebih ramai lagi orang. Jangan takut. Sesungguhnya Allah menjamin keselamatan orang-orang yang benar.
Bersabarlah dan bertahanlah. Pasti ada jalan keluar.
Di dunia ini ada mahkamah. Di akhirat juga ada mahkamah.
Marilah kita menyelamatkan setiap jiwa di antara kita untuk telus, jujur, ikhlas dan tidak khinat walau kita semua masih penuh dengan dosa dan sentiasa saling berpesan-pesan.
Jangan menghina-hina. Jangan mengeji-ngeji.
Tetapi selamatkanlah diri kita sendiri dan semua saudara seagama kita dgn kata-kata yang adil dan doa yang baik-baik sebagai netizen.
Semoga Allah ampunkan kita semua
Berikut reksi dari netizan
Hanya para Nabi AS.yg maksum,terpelihara dari dosa.
Kita semua pendosa dan sebaik-baik hamba Allah ialah yg sentiasa bertaubat.
Setiap orang harus muhasabah akan diri masing2.
Tinggalkan bicara yg sia2,yg menjadi beban diakhirat nanti dan pendakwaan yg berpanjangan..
” Seseorang yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu…
Sesiapa yang menasihatimu di khalayak , dia sebenarnya sedang menghinamu ” – Imam As-Syafie