Sebelum ini pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Ustaz Ebit Lew apabila ada pihak mempersoalkan dimana pendakwah itu mendapat duit dan ada yang menuduhnya menggunakan duit derma untuk kepentingan diri. Namun, Ustaz Ebit sendiri mendedahkan tentang pendapatan yang diperolehinya dan peniagaan yang diusahakan sendiri. Susulan itu, ramai yang tidak terkejut beliau mampu tinggal di banglo dan memiliki kereta mewah.
Dek sifat murah hati Ustaz Ebit Liew dalam membantu golongan yang memerlukan, semakin murah rezeki yang dilimpahkan kepada lelaki itu.
Dengan perniagaan yang diusahakan olehnya, pendakwah popular ini tidak lokek untuk menyediakan tempat tinggal dan keperluan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak kesayangannya.
Lebih mengharukan terbaru, pendakwah itu ada berkongsikap klip video pendek di Instagram memaparkan beliau berada di dalam sebuah kereta mewah jenama Audi berwarna putih.
Tidak dinyatakan sama ada kereta itu adalah miliknya, namun menerusi kapsyen panjang yang ditulis seakan merujuk hadiah itu adalah buat isterinya yang tercinta.
Syukur pada Allah pemberi rezeki. Terima kaseh Allah. Doa terbaik Alhamdulillah.
Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri. Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor. Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri. Tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga. Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita.
Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Ambil insuran buat isteri kerana Allah. Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa. Susu pampers anak. Allahuakbar.. Dari dulu lagi. Tak pernah tanya duit tu untuk apa. Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita.
Sedih baca ramai juga masa takde duit takperlah. Isteri pun tak susahkan suami. Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri. Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama.
Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik-ebitlew
– IG Ebit Lew
Menerusi kapsyen yang mengiringi entri di laman Instagram miliknya itu, ramai yang menebak bahawa kereta berwarna putih itu merupakan hadiah kepada isterinya.
Bukan kandungan video itu yang patut menjadi perhatian ramai tetapi mesej tersirat yang disampaikan dalam karangan panjang tersebut.
Dalam entri itu, Ustaz Ebit menasihati golongan suami agar tidak kedekut untuk membelanjakan wang buat isteri dan keluarga kerana wang yang dikeluarkan itulah merupakan satu bentuk sedekah yang paling besar nilainya.
Menurut Ustaz Ebit Liew, tindakan membelanja isteri dan anak-anak sebenarnya besar nilai balasannya. Bukan hanya mementingkan keperluan sendiri sehingga berkira untuk mengeluarkan wang kepada ahli keluarga yang paling rapat tersebut.
“Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah.â€
Pendakwah ini turut berkongsi bahawa dia langsung tidak pernah mempersoalkan sekiranya isteri kesayangan meminta wang kerana sedar pengorbanannya dalam menjaga keluarga.
Malah, Ustaz Ebit sedih apabila ramai suami yang dah senang lupa tentang nafkah buat isteri. Ujarnya, nafkah buat isteri adalah wajib dan ikut kemampuan masing-masing.
“Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Ambil insuran buat isteri kerana Allah.â€
Pesan Ustaz Ebit Liew, nafkah untuk isteri adalah wajib mengikut kemampuan masing-masing. Hal ini amat penting dalam mendapat keberkatan Allah SWT.
Sumber: IG Ebit Lew