Perkara itu telah diumumkan oleh Ustaz Ebit di akaun media sosialnya sejak semalam selepas membuat laporan polis. Beliau menyatakan pada bahagian kapsyen yang panjang lebar, dia sebenarnya sudah terbiasa dengan fitnah dan menganggap ini adalah sebahagian ujian. Dia sudah diajar untuk tidak menjawab dan bergaduh dari kecil.
Namun apabila isteri, anak serta arwah ayahnya menangis kerana isu ini, sudah tiba masanya untuk di membuka mulut untuk menafikan segala tuduhan tidak berasas kepadanya.
“Ratusan ribu orang melihat fitnah terhadap saya. Saya redha pada Allah. Saya diam belum ada sepatah atau kenyataan dari saya. Makin ramai buat kenyataan tentang saya,”
– Ustaz Ebit Lew
Sama-sama kita nantikan kenyataan dari Ustaz Ebit Lew bagi menjawab segala persoalan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya pada jam 12 tengah hari ini.