Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew di media sosial sememangnya tidak pernah jemu sama ada mengenai syarahan, kata-kata motivasi ataupun membantu orang yang memerlukan. Lebih-lagi dengan perkongsian terbarunya di Instagram ketika musim wabak Covid-19 ni telah membuatkan ramai orang berasa amat tersentuh dengan tindakannya itu apabila membantu ibu tunggal bersama empat orang anaknya yang tinggal di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Ustaz Ebit Lew berjaya mendapatkan rumah sewa untuk keluarga tersebut sehinggakan empat adik-beradik itu berulang kali mengucapkan terima kasih kepada dirinya disebabkan rasa terharu dan gembira.
Kisah perkongsian Ust Ebit itu akhirnya menyebabkan kisah keluarga yang serba kekurangan itu mendapat perhatian masyarakat.
Namun begitu ia menimbulkan pula kisah lain yang menyentuh sensitiviti masyarakat tempatan di situ sehingga ada wakil penduduk terpaksa membuat penjelasan.
Penjelasan menurut mereka terpaksa diberikan melalui media sosial kerana terlalu ramai pihak yang mempertikaikan pihak pengurusan kampung dan penduduk asal kerana tidak melihat 1su kesusahan keluarga terbabit sehingga pihak luar pula yang datang bantu.
Bersasarkan apa yang dijelaskan, ternyata pandangan wakil penduduk kampung itu mempunyai asas. Sebagai orang asal disana, pastinya mereka lebih tahu situasi dan kisah jemaah masing-masing.
Jika ada pihak luar yang ingin membantu, sekurang-kurangnya ziarah dahulu wakil penduduk atau kariah masjid bagi mendapatkan gambaran yang sebenar. Risau nanti keseluruhan penduduk kampung terasa hati akibat dipersalahkan wargamaya.
Dalam pada itu ramai juga yang bersetuju dengan pandangan wakil penduduk tersebut dan meninggalkan komen.
Masih berita tentang Ustaz Ebit Lew… Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan di media sosial adik kepada pembekal kain jenama popular di Malaysia yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman sehingga menimbulkan kemarahan netizen.
Meskipun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, namun rata-rata netizen bertindak mahu memboikot jenama tersebut dan memilih butik pakaian jenama lain untuk persiapan sempena Syawal tidak lama lagi.
Dalam pada itu, ada netizen memuat naik perkongsian di Facebook meminta orang ramai untuk menyokong perniagaan pakaian Ustaz Ebit Lew yang sudah banyak membantu golongan susah di negara ini.
Nampaknya cadangan netizen itu menyebabkan stok pakaian habis dijual sehinggakan Ustaz Ebit Lew memuat naik status mencari 100 tukang jahit di kilang pakaiannya bagi memenuhi semua permintaan pelanggan yang naik dengan mendadak.
Difahamkan, buat masa ini pembelian hanya boleh dilakukan menerusi atas talian kerana butik ditutup buat sementara waktu.
Syukur Alhamdulillah, semakin mencurah-curah rezeki Ustaz Ebit Lew sempena bulan Ramadan ini meskipun ada segelintir pihak kurang senang dengan sumbangan diberikannya bagi membantu orang susah sebelum ini.