Permohonan maaf tersebut dibuat susulan tularnya jawapan beliau mengenai isu berpuasa pada hari tasyrik. Dalam video yang tersebar, Ustaz Don menyatakan bahawa beliau sedang melaksanakan ibadah qurban.
Namun begitu, jawapan beliau mengenai berpuasa pada hari tasyrik telah menimbulkan perbincangan hangat di media sosial. Disebabkan isu ini, Ustaz Don merasa perlu memberikan penjelasan ringkas sebelum perkara tersebut menjadi lebih besar dan rumit.
“Asalamualaikum w.b.t. kepada semua, saya minta maaflah sebab menjawab dalam keadaan mengelirukan. Saya minta maaf kepada semua banyak-banyak. Semoga Allah mengampuni dosa kita semua, minta maaf semua.
– Ustaz Don Daniyal
“Jawapan yang betul, tak boleh puasa pada hari raya Aidiladha dan hari tasyriq juga iaitu hari raya kedua ketiga keempat, pada 11, 12, 13. Saya minta ampun, minta maaf….â€
Sebelum ini, rakaman suara yang memaparkan jawapan Ustaz Don telah menjadi perdebatan di platform media sosial, X. Jawapan yang diberikan oleh Ustaz Don dikatakan mengelirukan dan telah diputar di stesen radio, menyebabkan lebih banyak masalah timbul.
Untuk makluman, Ustaz Don pernah ‘direhatkan’ daripada satu program televisyen kerana beberapa kenyataan yang melibatkan hadis. Selepas pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), beliau kembali bersiaran.
Namun, tidak lama selepas kembali ke kaca televisyen, beliau direhatkan semula oleh pihak program tersebut kerana mengeluarkan hadis yang mencetuskan perdebatan di kalangan masyarakat.