Dianggotai oleh Haseef, Ammar, Afiq dan Shafiq, gabungan pop quartet One Path komited ingin mengangkat mesej dakwah, persahabatan, kemanusiaan serta tauhid di dalam rentak muzik yang lebih segar dan mesra pendengar di kalangan generasi muda masa kini.
Walaupun imej kasual yang ditampilkan berserta paduan vokal harmoni One Path pernah membawa mereka menduduki tangga trending di YouTube Malaysia menerusi lagu cover berjudul Yang Terbaik (Here’s Your Perfect versi dakwah), namun One Path tidak pernah merasakan diri mereka sebagai kumpulan jelmaan One Direction ataupun kumpulan Kpop BTS.
Ammar mewakili anggota One Path yang lain berkata, biarpun mereka merupakan kumpulan nasyid baru, One Path lebih selesa dengan identiti mereka sendiri yang berpenampilan kasual.
“Dari segi imej , kami lebih terbuka untuk berfesyen mengikut keperluan sesuatu karya dan yang penting kami sendiri rasa selesa.
“Contohnya dalam lagu-lagu cover kami seperti Kuatkanlah (Orange versi dakwah) kami bawakan imej yang kasual, berbeza bila kami perkenalkan single Zikir LoFi – Hasbunallah baru-baru ini.
“Paling utama bagi kami selagi ianya masih mematuhi panduan yang digariskan oleh syara’ dan Allah swt redha, kami amat terbuka untuk mencuba sesuatu yang baru.
Terkini mereka baru sahaja hadir dengan single pertama yang dihasilkan sendiri oleh One Path bersama selebriti dakwah terkenal, Ustaz Adnin Roslan. Menerusi single mereka yang berjudul Hasbunallah, One Path berjaya mengetengahkan kekuatan vokal dan paduan suara yang begitu mengasyikkan.
Menariknya menerusi single ini juga One Path melalui label Tarbiah Sentap Records telah menjalinkan kerjasama bersama produser dari Amerika Syarikat, Mantra, yang sebelum ini turut pernah terlibat dalam pembikinan album artis popular seperti Ne-Yo.
Menurut Haseef, pengalaman ini adalah yang pertama dan bermakna bagi One Path selaku kumpulan vokal yang baru ingin bertapak di dalam industri.
“Ini pengalaman pertama bagi kami berkerjasama dengan pihak dari Amerika Syarikat.
“Walaupun kami masih baru, kepercayaan yang diberikan Tarbiah Sentap untuk kami terbitkan single ini bersama pihak luar adalah satu penghargaan besar buat kami.
Tambah penuntut diploma Tahfiz Al-Quran dan Qira’at itu, beliau berharap akan ada lebih banyak lagi peluang untuk One Path berkerjasama dengan lebih ramai artis di luar sana di masa hadapan.
Bercakap mengenai perancangan masa depan kumpulan nasyid One Path, pengasas Tarbiah Sentap Records, Ustaz Adnin Roslan berkongsi, pihaknya kini dalam proses menyiapkan beberapa lagi single baru One Path yang bakal diumumkan kelak.
“Kita dah berhubung dan memulakan perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat untuk menjayakan projek lagu One Path. Alhamdulillah respon yang kami terima amat positif. Mohon doa daripada semua agar apa yang dirancangkan dapat berjalan dengan baik.
“Sampai masanya nanti kami akan umumkan satu persatu siapakah artis dan selebriti yang akan terlibat.
Single Zikir LoFi Hasbunallah diterbitkan dalam 3 versi iaitu Hasbunallah, Hasbunallah (Piano Version) dan Hasbunallah (Acapella Version). Kesemua versi tersebut boleh didapati secara percuma di semua platform digital termasuk TikTok, YouTube, Spotify dan juga Joox.
Tonton Music Video Zikir LoFi Hasbunallah – https://www.youtube.com/watch?v=2Kt1U9LFMLQ
Dengarkan di Spotify – https://open.spotify.com/artist/4NSVjwWzd7qPpxfPlqX3vi
INFO HASBUNALLAH
Tajuk: Hasbunallah
Penyanyi: One Path
Genre: Pop / Hip Hop Trap
Produser: Mantra, Adnin Roslan, Usamah K
Lirik: One Path & Ustaz Adnin
Lagu: Ustaz Adnin & One Path
Susunan Muzik: Mantra & Usamah K
Sinopsis: Hasbunallah adalah sebuah Zikir LoFi yang telah disesuaikan konsepnya untuk generasi muda Nusantara. Memandangkan minat golongan muda terhadap genre Pop/HipHop Trap kian meningkat, One Path memberikan interpretasi baru kepada melodi yang lebih segar, menepati citarasa golongan remaja hari ini
LIRIK HASBUNALLAH
Aku hanyalah
Aku hanyalah
Aku hanyalah hamba..
Aku bukanlah
Aku bukanlah sesiapa..
Kerna segala apa yang kini aku miliki
hakikatnya bukanlah milikku
oh aku hanyalah
hanya hambaNya yang lemah
Hasbunallah wani’mal Wakil
ni’mal maula wani’man nasir
Cukuplah Allah sebagai penolongku dan tempatku berlindung
Hasbunallah…
Ada masanya
ada masanya ku jatuh
Hanya padaMu ku kembali
kerana Engkau satu-satunya
tempat untuk aku bergantung
Hanya..
Hanya dengan mengingatiMu
hati yang kosong terisi kembali
Tuhan sesungguhnya
aku amat memerlukanMu
Hasbunallah wani’mal Wakil
ni’mal maula wani’man nasir
Cukuplah Allah sebagai
penolongku dan tempatku berlindung
Hasbunallah…
Ya hayyu ya qayyum
birahmatika astaghisu
aslihli sya’ni kullahu
Hasbunallah wani’mal Wakil
ni’mal maula wani’man nasir
Cukuplah Allah sebagai penolongku dan tempatku berlindung
Hasbunallah…