Izara Aishah juga turut dilihat memadam kesemua gambar lama yang tidak bertudung sehingga mendapat reaksi yang positif dari peminat dan netizen.
Terbaharu, usahawan tudung dan kosmetik, Anas Zahrin menerusi TikTok telah berkongsi satu video memperlihatkan Izara menjadi model untuk produk tudung keluarannya.
Yang menariknya Anas mendedahkan Izara atau nama penuhnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin sewaktu sesi fotografi tersebut telah memintanya untuk menyediakan tudung labuh yang menutupi dada berbanding gaya singkat yang boleh menampakkan bahagian seperti leher.
Siap stoking tangan
Malah menurutnya Izara juga kini dilihat begitu menjaga aurat apabila tampil siap dengan stokin tangan.
“Izara cakap ‘abang, Izara nak style labuh tau. Tak nak singkat’. Ya Allah korang, siap stokin tangan,”
Perkongsian usahawan tersebut nyata mendapat respon positif dari netizen yang jelas gembira dengan perubahan Izara.