in ,

Usahawan Digalak Terokai Pasaran Global Menerusi Program Say Aspire 

YB Rodziah Ismail Galak Usahawan Industri Mikro, Kecil Dan Sederhana (IMKS) Terokai Pasaran Global Menerusi Program Say Aspire

Kerajaan Selangor menerusi EXCO Pembangunan Usahawan Selangor, YB Rodziah Ismail bakal menganjurkan satu program pembangunan Industri Mikro, Kecil dan Sederhana (IMKS) berorientasikan eksport melalui program SAY ASPIRE. 

Usahawan IMKS Digalak Terokai Pasaran Global Menerusi Program Say Aspire

Program ini dijadualkan bermula Mac sehingga Mei 2023 dan menyasarkan penyertaan 30 usahawan IMKS di Selangor yang bersedia untuk menerokai pasaran global.

Antara kriteria ialah syarikat hendaklah beroperasi di Selangor, pengarah syarikat berumur 18-40 tahun, tidak diisytiharkan muflis dan/atau disenarai hitam. 

Usahawan IMKS Digalak Terokai Pasaran Global Menerusi Program Say Aspire

Antara manfaat penyertaan ialah kursus latihan eksport, rangkaian kerja bersama agensi kerajaan seperti Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank Malaysia), peluang membuat pembentangan di hadapan DYTM Raja Muda Selangor dan peluang untuk memenangi geran SAY ASPIRE pada pusingan akhir. 

Program ini merupakan kerjasama di antara EXCO Pembangunan Usahawan Selangor dan Selangor Youth Community, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh DYTM Raja Muda Selangor untuk membangunkan usahawan belia di persada antarabangsa.

Program tahunan ini bermula sejak 2018 dan telah melahirkan ramai usahawan berjaya seperti Medics-Pet, PopsMalaya dan Innersejuk. 

Usahawan IMKS Digalak Terokai Pasaran Global Menerusi Program Say Aspire

“Kerajaan negeri Selangor berharap agar program seperti SAY ASPIRE ini bukan sahaja dapat diteruskan malah diperluaskan lagi demi memupuk semangat juang dan daya saing yang tinggi dalam kalangan usahawan IMKS di Selangor agar terus berdaya maju dan kekal berdaya tahan, sekaligus dapat mengharumkan nama Selangor di persada dunia melalui eksport produk buatan tempatan namun setanding kualiti antarabangsa.” 

Usahawan IMKS Digalak Terokai Pasaran Global Menerusi Program Say Aspire
Usahawan IMKS Digalak Terokai Pasaran Global Menerusi Program Say Aspire

Untuk mendaftar, syarikat boleh melayari laman web: www.entrepreneurshipselangor.com.my/sayaspire. Permohonan akan ditutup pada 12 Februari 2023. Syarikat yang terpilih akan dimaklumkan oleh pihak penganjur. 

Usahawan IMKS Digalak Terokai Pasaran Global Menerusi Program Say Aspire
Usahawan IMKS Digalak Terokai Pasaran Global Menerusi Program Say Aspire

Mengenai SAY 

Selangor Youth Community (SAY) diasaskan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor pada tahun 2017. SAY merupakan organisasi bukan kerajaan, bukan politik dan juga bukan berasaskan keuntungan yang berpegang teguh kepada matlamat untuk mewujudkan komuniti belia oleh belia yang dinamik, progresif dan cergas. SAY telah bergerak berpandukan empat fokus utama iaitu Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Seni dan Kreatif dan juga Khidmat Masyarakat. SAY menjalankan program dan inisiatif yang holistik melalui rakan kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan, korporat dan komuniti untuk mengenal pasti jurang dalam ekosistem agar tiada komuniti belia yang tercicir. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

REMY ISHAK

Akibat Lama Tidak Berlakon, Remy Ishak Takut Dan Gementar Jumpa Orang

Tahniah! Ini Senarai Penuh Pemenang Anugerah Telenovela Ke-8