Malah selain doa dari kejauhan dan membangkitkan suara mendukung perjuangan di Gaza di media sosial, pelbagai syarikat dan agensi turut terpanggil untuk menyalurkan sumbangan.
Tak ketinggalan baru-baru ini, syarikat Saudagaar Asia (S-Asia) menerusi jenama produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, ChocoAlbab turut menderma RM80,000 kepada Persatuan Cinta GAZA Malaysia (CGM) sebagai tanda solidariti membantu rakyat Palestin.
Menurut Pengasasnya, Said Saiful Fazli, sumbangan berkenaan diserahkan kepada persatuan bukan kerajaan itu secara terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Muhammad Nadir Al- Nuri Kamaruzaman di ibu pejabat syarikat berkenaan di Kota Damansara.
Tambah Said lagi, saban hari melihat perkembangan dan berita dari sana menerusi paparan berita dan perkongsian di media sosial mengenai pergelutan melanda di sana, hatinya termasuk ejen turut terpalit rasa sedih serta amarah.
Said turut memaklumkan dia menerima mesej langsung dan di aplikasi WhatsApp daripada ramai pihak yang memuji usaha dilakukan termasuk jumlah sumbangan diberikan.
“Ada yang DM (mesej langsung) di Instagram dan WhatsApp cakap banyak jumlah kami salurkan kepada rakyat di sana.
– Said Saiful Fazli
“Jumlah itu mungkin kecil atau besar di mata kita, tapi untuk mereka yang memerlukan di sana… tentunya ia cukup bermakna.
“Apa yang kami lakukan ini juga seiring visi syarikat untuk membantu orang meningkatkan kehidupan. Sekali gus seperti misi murni kami ini untuk membantu saudara sesama kita di Palestin,†katanya.