Uqasha, 26, ketika ditemui berkata, sudah tertulis adiknya itu bertemu jodoh lebih awal berbanding dirinya.
“Saya tidak tertekan apabila ada yang bertanya. Selepas majlis ‘bridal shower’ adik semalam, ramai bertanya bila pula giliran saya.
“Apatah lagi pada sesi Nelydia baling bunga saya yang dapat. Kebetulan semua yang berada di situ sudah berpunya kecuali saya.
“Justeru, mereka beri ruang kepada saya untuk pastikan dapat bunga itu,”
– Uqasha Senrose
Uqasha Senrose ditemubual oleh wartawan Harian Metro semasa sessi tayangan media Astro First Ekslusif, SAYA JUAL YE BANG di sebuah pusat beli-belah di ibu kota baru-bari ini.
Uqasha berkata, dia tidak mahu terburu-buru mencari pasangan hidup.
Tidak kisah soal status atau pangkat, Uqasha berharap biarlah lelaki yang bakal menjadi suaminya kelak seorang yang memahami dan boleh menerima dirinya seadanya.
“Saya tidak mahu tersalah pilih disebabkan hendak cepat kahwin. Apa yang pernah berlaku kepada diri saya dulu, saya tidak mahu ada yang menghukum.
“Saya berharap pengalaman itu beri peluang kepada saya bertemu lelaki yang boleh menerima dan membimbing diri ini ke jalan lebih baik.
“Saya tidak letak sebarang ciri-ciri idaman, cukup jika dia terima diri ini,” katanya.
– Uqasha Senrose
Sumber: Harian Metro