in , ,

“Untuk Siapa Kenyataan Itu Ditujukan?” – Ashraf Muslim

“Sudah 14 tahun berlakon, ini kali pertama saya berdepan situasi begini kerana saya tiada masalah dengan mana-mana penerbit atau produksi.

“Malah, saya tidak pasti apakah kenyataan itu sengaja dibuat sebagai gimik atau mungkin penerbit ada sebab lain. Itu saya tidak pasti,”

– Ashraf Muslim

Ashraf berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan penerbit terkenal,

Datuk A Aida yang kesal dengan sikap pelakon drama, Dia Menantu Rahsia yang kini ditayangkan di slot Akasia, TV3.

Aida mendakwa, pelakon drama itu tidak memberikan kerjasama dari segi promosi di laman sosial masing-masing dan secara tidak langsung, turut mengheret sama Ashraf dalam isu terbabit.

“Sebagai pelakon, saya akui pada mulanya agak terasa hati dengan kenyataannya itu, biarpun dia tidak menyebut nama.

“Namun, saya ambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu diburu perasaan bersalah apabila bersuara. Lagipun, saya tiada masalah dengannya.

“Saya ada menghantar mesej kepadanya dan rasanya tidak perlu saya kongsi apa isi perbualan itu,”

– Ashraf Muslim

Ashraf yang ditemui ketika sidang media Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 berkata, sebagai pelakon, dia melunaskan tanggungjawabnya untuk mempromosikan drama itu hampir setiap hari.

“Saya tidak perlu melatah kerana saya tidak seperti itu. Saya tidak pasti kepada siapa kenyataan itu dirujuk. Rasanya hampir semua pelakon membantu promosi di laman sosial masing-masing.

“Memang dalam kontrak ada termaktub mengenai perkara itu dan saya percaya, setiap pelakon akan mempromosi drama mereka tanpa perlu diminta.

“Tetapi apabila perkara ini berlaku, ada baiknya penerbit memperincikan di dalam kontrak dengan menyatakan berapa kali dan bentuk promosi yang dimahukan. Namun, itu hanya cadangan,”

– Ashraf Muslim

Selain Ashraf, drama arahan Mohd Fazli Yahya itu turut membariskan pelakon seperti Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan, Mona Allen, Fazlina Ahmad Daud dan Aisyaa Hasna.

Terbabit sebagai ahli panel dan juri jemputan bersama Fasha Sandha untuk DFKL 2019, Ashraf kini berehat seketika daripada lakonan bagi memberi tumpuan kepada perniagaan serta keluarga.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Sarah Mahu Bertemu Misha, Bincang Isu Fitnah Guna Bomoh

Pengisian Istimewa Di Suria Sempena Minggu Kanser