UNIVERSAL JAMMING SESSION VOL 1 2011
Universal Jamming Session atau sesi ‘jamming’ bersama artis naungan label Universal Music Malaysia ini julung-julung kali diadakan sebagai salah satu cara memperomosikan produk dan artis label ini dengan lebih giat. Menggunakan kaedah lebih mudah untuk mendekati pendengar muzik tempatan, sesi ini dirasakan tepat memandangkan pendengar muzik masa kini lebih cakna dengan mutu muzik yang dipersembahkan, malah dengan cara mesra artis-peminat ini dirasakan tepat khususnya artis yang lebih mengenengahkan irama rock.
Rata-rata pendengar mahukan sesuatu yang segar daripada penggiat muzik tanah air, dan dengan cara ini perkongsian muzik adalah lebih telus dan akrab. Menggabungkan pemuzik berpengalaman seperti AhmadAhmad (Pacai dan Ali Ahmad) dan The Malayan (band baru Andy Flop Poppy), bersama Yazer, Radio Island dan S.O.G yang boleh dianggap ‘junior’, sesi ini dapat member nafas baru kepada arena muzik rock tidak kira sama ada dalam bentuk berkumpulan atau solo. Turut bersama ialah band residen Senyap Cafe, Atraz and The Workaholics.
Pemilihan Senyap Café yang terkenal dengan persembahan secara langsung tanpa kos membebankan di kota raya Shah Alam juga dirasakan tepat memandangkan pemuzik sebelum ini lebih memfokuskan Kuala Lumpur berbanding ibu negeri Selangor ini jika dikira dalam lingkungan Lembah Kelang. Ini member peluang kepada penduduk sekitar untuk berhibur sambil mempelajari irama muzik rock tempatan dengan lebih dekat.
Xfm juga yang bertindak sebagai radio rasmi begitu optimis dalam memberikan sokongan, apatah lagi stesen ini telah memainkan peranan penting sejak sekian lama dalam memperjuangkan hasil karya anak seni tempatan. Diharapkan Universal Jamming Session Vol 1 2011 ini akan member manfaat kepada semua, khususnya peminat muzik tanah air.
Venue : Senyap Cafe, Shah Alam Extreme Park, Seksyen 13, Shah Alam
Date : 23/12/2011 (Friday)
Time: 9pm till midnite