in

Uniqlo Perkenal Ultra Stretch Jeans

UNIQLO memperkenalkan Ultra Stretch Jeans dengan fabrik revolusioner baru.

UNIQLO mengumumkan pelancaran Ultra Stretch Jeans baru untuk wanita yang bakal mengubah segala persepsi konvensional seluar jeans. Barisan produk baru ini mempunyai kain revolusioner yang menggabungkan regangan yang luar biasa dengan keupayaan untuk kembali ke bentuk asal dan mengekalkan bentuknya.

Ultra Stretch Jeans UNIQLO memberi daya sokongan tambahan kepada punggung dan mengekalkan kedudukan paha tanpa terasa konstriktif.

Menawarkan tahap keselesaan dan kepadanan yang tidak pernah wujud sebelum ini, Ultra Stretch Jeans ini ditawarkan di peringkat global di 13 pasaran. Dilancarkan awal bulan Oktober, seluar jeans ini terdapat di Malaysia.

Ultra Stretch Jeans

Fabrik Revolusioner Baru yang Memberikan Keregangan sebanyak 40% dan Mengekalkan Bentuk sebanyak 90% Rahsia padanan hebat ini adalah fabrik baru inovatif yang memberikan regangan sebanyak 40% dan mengekalkan bentuk sebanyak 90%. Ini bermakna bahawa Ultra Stretch Jeans UNIQLO bukan sahaja memberikan regangan yang luar biasa, tetapi ia juga memiliki keupayaan untuk kembali ke bentuk asal.

Ciri-ciri ini menghasilkan sepasang jeans yang menawarkan daya sokongan dan pengekalan bentuk, memastikan bahawa punggung dan paha sentiasa kemas di tempat tanpa meninggalkan sebarang rasa konstriktif. Digabungkan dengan padanan selesa di sekeliling pinggul, Ultra Stretch Jeans UNIQLO lain dari jeans yang lain menawarkan sebuah pengalaman yang begitu unik!

82% daripada Wanita di Jepun Terasa Bahawa Kaki Mereka Kelihatan Lebih Anggun. UNIQLO menjalankan ujian kepadanan terlebih dahulu untuk Ultra Stretch Jeans di Tokyo yang mendedahkan bahawa 82% daripada wanita yang mengambil bahagian merasakan seluar jeans ini menyerlahkan garis kaki mereka. Wanita dalam julat usia yang luas merasakan bahawa Ultra Stretch Jeans menyerlahkan bentuk badan mereka.

Dengan bebayang yang dihasilkan oleh padanan yang menepati garis kaki tepat, Ultra Stretch Jeans memberi efek yang membuat kaki kelihatan lebih panjang dan langsing.

Musim ini menawarkan rangkaian lapan warna. Jeans biasa ditawarkan dalam empat ton termasuk biru kelasi dan hitam. Ia memiliki penampilan feminin yang diserlahkan dengan kemasan pudar.

Jeans berwarna didatangkan dalam warna merah tua, perang, hijau gelap dan biru, menggabungkan warna-warna paling segar musim ini dengan ton musim luruh yang lebih tradisional bagi mewujudkan gaya sederhana lagi elegan. Dengan menekankan warna-warna paling menonjol musim ini, UNIQLO bertujuan memberikan para konsumer alternatif menarik kepada warna hitam dan kelabu yang seringkali mendominasi busana pada musim luruh dan musim sejuk.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Impiana KLCC Hotel Serves Thai Food

SajiMee Band Clash Layan Habiiis Suria FM