Terbaru di bawah jenama baju UT mereka, Uniqlo Malaysia telah hadir dengan baju bertemakan permainan Street Fighter II, TEKKEN 2, Street Fighter 6 dan TEKKEN 8 – Fighting Game Legends.
Street Fighter
- Memfokuskan watak Ryu dengan di belakang perubahan rekaan watak Ryu mengikut generasi permainan dalam bentuk logo Street Fighter.
- Baju logo Street Fighter II dengan belakang baju menyertakan lakaran idea permainan yang tiada pada mana-mana kolaborasi jenama baju lain.
- Baju Street Fighter 6 dengan watak baharu Luke.
Tekken
- Baju Kazuya di hadapan dengan watak tambahan di belakang membawakan rekaan klasik permainan.
- Watak King dengan logo Tekken 2.
- Terbaru dan terhangat, baju Tekken 8 dengan logo setiap judul dalam permainan yang akan tiba hujung Januari nanti.
Kesemua baju-baju ini iaitu enam rekaan akan mula dijual di semua cawangan Uniqlo bermula 1 Januari 2024. Mereka yang berminat boleh dapatkan sama ada di kedai fizikal atau juga secara atas talian.