Welcome to Malaysia, UNIQLO. Dari Jepun ke Malaysia. Hari ini, perkataan Uniqlo pastinya menjadi antara perkataan yang disebut-sebut oleh penggemar di Malaysia!
Updated: Jam 11 pagi, Uniqlo pertama di Malaysia telah dibuka untuk orang ramai.
Budiey boleh katakan kat sini, hari ini adalah hari UNIQLO. Apa tidaknya, semasa Pre-Opening Official Uniqlo Launch yang diadakan di The Atrium, Fahrenheit 88 semalam lagi, dah ramai penggemar pakaian dari Jepun ini dah pun beratur panjang seawal jam 11 malam lagi. Mereka sanggup tidur dan lepak di depan store Uniqlo. Kata mereka yang sedang menunggu, UNIQLO is so UNIQUE till everyone que up and camp over. Sanggup diorang berkhemah kat luar Uniqlo. Crazy!
Jam 7 pagi
Jam 8 pagi
Seawal jam 8 pagi, suasana menjadi lebih meriah dengan orang ramai berpusu-pusu beratur untuk menjadi 500 pelanggan pertama Uniqlo di Malaysia.
Budiey diberitahu lebih 500 orang sudah beratur panjang untuk menantikan pembukaan Uniqlo pada jam 10 pagi. Selain untuk menjadi salah seorang dari 5 orang pemenang utama untuk 2 keping pakej pelancongan ke Jepun, mereka yang paling awal hadir juga akan dapat membeli pakaian Uniqlo dengan harga yang sangat murah iaitu potongan 50%.
Budiey sangat tak sangka, sungguh ramai orang Malaysia kita yang suka dengan pakaian Uniqlo. Semalam pun, semasa hadir di media launch dan pre-opening party, kami diberikan voucher membeli belah di Uniqlo. Tapi bagi Budiey, tak nak lah bersesak-sesak. Uniqlo takkan kemana, kan? Jadi, tunggulah masa yang terluang untuk ke sana.
Jam 9 pagi
Jam 10 pagi
Gambar dekorasi dan susun atur Uniqlo. Selesa dan grand!
Sedikit paparan jelas untuk pembaca yang tak dapat hadir di Pre-Opening Uniqlo Party semalam. Sah-sah tak dapat sebab semuanya kena pakai invitation. Ramai juga media tak dapat masuk sebab hanya media yang ada dalam list PR Agency sahaja yang dapat masuk. Nasib la kan. So dangerous!
Video Sekitar Pre-Opening Official Launch Uniqlo Malaysia: Part 1
Video Sekitar Pre-Opening Official Launch Uniqlo Malaysia: Part 2
Video Sekitar Pre-Opening Official Launch Uniqlo Malaysia: Part 3
Tadashi Yanai, CEO, President & Chairman of Uniqlo sedang berucap sempena pembukaan.
Diana Danielle
Kat mana istimewanya Uniqlo ni? Lontarkan pandangan anda di sini.
Dominic Lau, host of da party
Henry Golding. Memang dia ni boleh digelar Male Icon Fashion kat Malaysia kan?
Owen Yap, tv selebriti cina di M’sia menggayakan fesyen berkonsepkan Gentlemen Quality.
Aaron Aziz, tabik spring bro. Lu memang macho dengan jaket tu, bro!
Jaclyn Victor
Joe Flizzow memperaga fesyen Hip Hop Smart
Liyana Jasmay ceria dan nampak begitu cun dengan uniqlo gaya remaja
Tak panas ke pakai jaket dengan cuaca kat Malaysia ni? Thats FALL/WINTER 2011 from Uniqlo!
Gan Mei Yan, deejay radio menggayakan Japanese Chic
Blogger terkenal juga dipilih untuk jadi peragawati. Kelas tak blogger kat Malaysia ni?
DJ Goldfish, oo ni ke stail seorang deejay? Mantap!