Setelah menyiarkan teaser di laman sosial mengenai single terbaharunya, Aina Abdul akhirnya telah melancarkan sebuah single tiga dalam satu dengan memberikan judul dengan namanya sendiri berjudul Aina Abdul.
Menurut Aina, gabungan lagu berjudul AINA ABDUL itu adalah simbolik kepada isi hati dan apa yang dirasai selama ini. Khabarnya, dengan pelancaran lagu ini menjadikan, Aina sekaligus mencipta sejarah baharu indusri muzik tanah air. Sebelum ini tiada penyanyi yang buat mash up tiga buah lagu menjadi satu single yang telah diberi nafas baharu.
Menurut Aina, gabungan tiga lagu itu disifatkan cukup berat untuk diekspresikan kerana setiap lagu mempunyai cerita yang mendalam.
“Saya memang sengaja susun semula tiga lagu ini dan menjadikan sebuah lagu baharu. Saya percaya susunan bait-bait lirik yang digabungkan menjadi sebuah lagu akan membuatkan pendengar mengimbau kembali single-single saya sebelum ini dan emosi yang cuba disampaikan.
“Sepatutnya saya nak lancarkan lagu ini lebih awal, tapi atas kekangan yang tidak dapat dielakkan saya memilih 16 September sebagai tarikh pelancaran,” katanya.
– Aina Abdul
Menjengah ke ruangan komen hantaran Instagram terkini pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani ini, biarpun ada peminat yang kecewa kerana menyangka ia merupakan sebuah lagu baharu namun rata-rata memuji idea kreatif yang terus diperjuangkan oleh Aina.
Video muzik ini telah mendapat perhatian penggemar muzik sehingga berada di senarai trending muzik di Youtube Malaysia!
Dalam pada itu, tidak kurang juga ada diantara mereka beranggapan bahawa Aina seolah-oleh memberi petunjuk mengenai lagu seterusnya di dalam video muzik Aina Abdul.
Untuk rekod, Aina turut mencipta kelainan yang mana buat pertama kalinya di dalam industri muzik Malaysia menyaksikan dua buah lagu ditampilkan serentak menerusi sebuah muzik video yang digarap khas, Maybe dan Kelip-Kelip.
Menurut Aina, dia ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan muzik video yang hanya mengambil masa dua hari untuk disiapkan.