in , ,

Unifi Umum Pelan Pascabayar & Pelan Baharu Keluarga UNI5G

Pelan Pascabayar Uni5G Unstoppable Terbaharu Unifi Membawakan Pengalaman Konvergens Terbaik Kepada Rakyat Malaysia!

Unifi hari ini mengumumkan Pelan Pascabayar dan Pelan Keluarga UNI5G #Unstoppable terbaharunya, memenuhi pelbagai keperluan rakyat Malaysia dan membawakan pengalaman 5G ke dalam kehidupan seharian mereka.

Pelan-pelan mudah alih baharu ini menyediakan pelbagai nilai tambahan, membentuk semula sempadan ketersambungan dan digital yang memenuhi keperluan individu dan keluarga.

Jasmine Lee, Ketua Pegawai Komersial Segmen Pengguna, Unifi berkata,

“Dalam memperkasakan negara digital, pelan baharu ini menjadikan teknologi 5G lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, dengan tumpuan penggunaan untuk seluruh keluarga.

Dengan liputan mudah alih yang merangkumi lebih daripada 95% populasi negara dan baru-baru ini dinobatkan sebagai pemenang Ookla® 2023* dalam menyampaikan pengalaman video mudah alih terbaik di Malaysia, pelan UNI5G kami memperkasakan individu dan keluarga untuk memanfaatkan 5G, tanpa menjejaskan kualiti dan dengan harga mampu milik.

“Pelan-pelan terbaharu ini juga mengukuhkan peranan Unifi sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan konvergens sebenar di Malaysia, dan mengukuhkan penyelesaian perkhidmatan talian tetap, mudah alih, gaya hidup dan perniagaan kami untuk memenuhi permintaan digital hari ini.

Ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk memperkayakan kehidupan dan komuniti melalui teknologi, memastikan setiap rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dan mendapat manfaat daripada revolusi digital yang sedang berlaku,”

– Jasmine Lee, Ketua Pegawai Komersial Segmen Pengguna
Unifi Umum Pelan Pascabayar & Pelan Keluarga UNI5G #Unstoppable

Tawaran #Unstoppable untuk seisi keluarga

Tawaran utama pelan terbaharu Unifi #Unstoppable ialah Pelan Pascabayar Keluarga UNI5G (UNI5G Postpaid Family) berharga RM129. Pelan yang asalnya ditawarkan dengan data 150GB, kini pelanggan akan menerima data 5G + 4G tanpa had apabila mereka mendaftar dalam tempoh promosi masa terhad bermula 28 November.

Pelan tersebut juga menawarkan telefon pintar 5G percuma yang membolehkan pelanggan beralih kepada 5G dengan lancar, serta panggilan tanpa had, dan satu talian tambahan percuma dengan 30GB data 5G + 4G.

Bagi mereka yang mempunyai keluarga yang lebih besar, Unifi turut menawarkan pelan-pelan Pascabayar Keluarga UNI5G dengan dua dan tiga talian tambahan percuma masing-masing berharga RM159 dan RM189 – menjadikan akses 5G lebih mampu milik untuk seisi keluarga, tanpa mengira jumlah, melalui satu pelan mudah alih.

Memanfaatkan keupayaan penumpuan mudah alih tetap Unifi yang unik, pelanggan baharu yang mendaftar untuk kedua-dua pakej; Pelan Pascabayar Keluarga UNI5G baharu di atas, bersama- sama dengan pelan jalur lebar berkelajuan tinggi Unifi yang terkini, akan menikmati data 5G + 4G tanpa had untuk talian utama dan semua talian tambahan. Pelanggan jalur lebar tetap Unifi sedia ada yang melanggan pelan Pascabayar Keluarga UNI5G baharu juga akan menikmati tawaran yang sama.

Unifi turut melancarkan tiga pelan Pascabayar baharu untuk pengguna individu:

1. Pascabayar 99 UNI5G, salah satu tawaran yang berbaloi dalam pasaran, yang disertakan dengan data 5G + 4G tanpa had sepanjang tempoh promosi, dan telefon pintar 5G percuma;

2. Pascabayar 69 UNI5G,dengan data 5G tanpa had sepanjang tempoh promosi, dan rebat telefon pintar 5G terpilih; dan

3. Pascabayar 39 UNI5G, salah satu pelan Pascabayar dengan harga yang paling mampu milik dengan 30GB data 5G + 4G, untuk mereka yang beralih daripada pelan prabayar seperti golongan profesional muda.

Langganan pelan Pascabayar Keluarga UNI5G, Pascabayar 99 UNI5G, atau Pascabayar 69 UNI5G bersama-sama Jalur Lebar Unifi 300Mbps dan ke atas, juga akan menerima rebat bulanan sebanyak RM20, selagi mereka kekal sebagai pelanggan Unifi yang aktif.

Sebagai alternatif, pelanggan boleh memilih tawaran terhad mudah alih tetap, termasuk pakej Pascabayar UNI5G terkini dengan data 5G + 4G tanpa had, telefon pintar 5G percuma dan Jalur Lebar Unifi berkelajuan 100Mbps dari serendah RM149 sebulan. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran – tawaran terbaharu ini, layari: https://unifi.com.my/mobile/postpaid

*Unifi ialah pemenang Anugerah Speedtest™ Malaysia untuk Pengalaman Video Mudah Alih Terbaik dalam tempoh Q1-Q2 2023. Berdasarkan analisis oleh Ookla® terhadap data Speedtest Intelligence® untuk Q1–Q2 2023. Tanda dagangan Ookla digunakan di bawah lesen dan dicetak semula dengan kebenaran.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Son Heung-min

Son Heung-Min Tunjuk Cara SmartThings Meningkatkan Hiburan di Rumah

Nikmati Diskaun Sehingga 58% untuk Pembaikan Skrin Telefon Pintar realme