Telekom Malaysia kini telah mula menawarkan penghala dengan sokongan WiFi 6 untuk semua pelanggan baharu yang melanggan pakej 300Mbps dan ke atas. Perubahan baharu ini adalah efektif daripada 1 Disember 2021.
Perubahan baharu ini adalah untuk pelanggan Unifi Home dan juga Unifi Biz. Selain penghala, TM juga turut menyediakan Mesh dengan sokongan WiFi 6 untuk para pelanggan.
Dengan sokongan WiFi 6, ia memastikan rangkaian WiFi pengguna beroperaasi dengan lebih pantas, dan kadar data lebih tinggi. Disamping itu, ia menawarkan pengalaman penstriman lebih baik, disamping prestasi yang baik di persekitaran yang mampat.
Bagi pelanggan sedia ada yang turut ingin menikmati penghala baharu ini, boleh menaik-taraf pakej ke pelan 300Mbps dan ke atas bermula 1 Disember 2021 ini.