Pelakon Ungku Ismail yang sering berkongsi tentang perkembangan Nad menjadi tanda tanya netizen tentang statusnya bersama Nad.
Memetik laporan Gempak, mereka berdua mulai rapat semenjak menjalani penggambaran sebuah drama dan sedang mengenali hati budi masing-masing.
“Selepas selesai penggambaran Cina Buta, selepas cerai (Nad), kami banyak berbincang soal kerja dan content untuk Youtube. Banyak perancangan yang kami buat terutama dalam soal kerja.
“Dalam pada masa yang sama, tak dinafikan kami sedang mengenal hati budi masing-masing. Boleh dikatakan setiap hari kami contact dan kebanyakkan memang fasal kerja,” katanya.
– Ungku Ismail
Menurutnya, dia tidak peduli dengan spekulasi netizen tentang hubungan mereka dan mengakui terkesan apabila Nad tiba-tiba jatuh sakit.
Selain itu, Ungku memberitahu dia mahu mendengar sendiri perkembangan Nad daripada doktor yang merawat.
“Sudah tentu saya rapat dengan ibu bapa Nad. Tak elok lah dah kerja sama, tiba-tiba dah sakit tinggalkan macam tu saja.
“Lagipun saya nak tahu sendiri keadaan dia daripada doktor, bukan daripada orang lain,” jelasnya.