Umum pasti mengetahui salah satu topik yang paling hangat diperkatakan di kalangan rakyat ketika ini tentunya berkaitan pengkuatkuasaan pelitup muka bukan perubatan yang perlu mendapat perakuan SIRIM seperti yang diumumkan Kemtenterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) beberapa hari lalu.
Meskipun kerajaan sudahpun mengumumkan penangguhannya yang sepatutnya dikuat kuasakan pada 4 Julai kepada 1 Januari 2023, ramai yang masih berharap ianya akan dimansuhkan terus tanpa perlu dilaksanakan.
Ini kerana ramai mendakwa ianya agak menyusahkan kerana dikhuatiri akan menyebakan berlakunya kenaikan harga pelitup muka di pasaran.
Namun bagi pereka fesyen dan pengeluar pelitup muka terkenal Datuk Jovian Mandagie, dia merasakan orang awam tidak perlu panik kerana ia tidak akan dikuat kuasakan dalam masa terdekat.
Malah beliau yang juga menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut diihat menyambut baik pelaksanaan tersebut dengan memaklumkan pelitup mukanya keluarannya juga sedang dalam proses bagi mendapatkan perakuan SIRIM.
Malah beliau turut meyakinkan pengguna Jovian Mask bahawa pelitup muka keluara mereka adalah selamat kerana sudah mendapat kelulusan Medical Device Authority (MDA) sejak tahun 2020 lagi.
Menerusi posting sama dia turut memberikan pendapatnya tentang penguatkuasaan tersebut yang disifatkan sebagai usaha mengelakkan penjualan pelitup muka tidak berkualiti.