Pagi ini, Budiey ada terbaca satu berita yang agak menggemparkan. Uncleseekers Akan Dedah Lagi Kisah ‘Cintanya’ Dengan Bekas Permaisuri. Hai tak patut betul. Biar betul Uncleseekers ni. Ini baru betul Seekers kan. Tapi biarlah berpada juga nak dedah. Bukan selebriti tapi bahkan yang didedah tu adalah Bekas Permaisuri Agung. Budiey rasa memamg tak patut kerana ini satu kerja yang melampau. Rasanya kalau uncle ni nak mencari populariti, tak perlu nak show off dan jaja cerita. Memang bangga habis la dia kan sebab pernah bercinta dengan VVIP. Pergh! Cayoklah! Tapi tak perlu la nak cerita pada umum. Anggap je cerita tu untuk simpanan peribadi.Budiey rasa, ramai yang tak setuju dengan tindakan berani uncle ni.
Menurut entri terbaru, Uncleseekers tak mahu sebarkan dan dedah gambar lagi kerana kisah ini akan dibukukan:
Saya memohon maaf kerana terpaksa menghentikan kisah ini kerana saya ingin bukukan tentang “Cinta Syyhh†ini untuk berkongsi pengalaman dengan peminat yang ingin tahu perkara yang sebenar cinta ini.
Saya amat yakin buku “Cinta Syyhh†akan buat pembaca mengucap panjang kerana gambar-gambar & bukti yang dipaparkan cukup ‘buasâ€
Biarkan Aishah berkahwin dengan lelaki dicintainya
PETALING JAYA: Satu negara gempar apabila foto-foto intim membabitkan bekas Permaisuri Agung, Cik Puan Besar Siti Aishah Abdul Rahman tersebar di laman blog milik bekas penerbit rancangan Seekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas.
Di dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com itu, Syed Abdullah atau lebih popular dengan panggilan Uncle Seekers memaparkan gambar-gambar yang didakwa bukti kemesraan ‘percintaan’ di antara mereka.
Ketika dihubungi mStar Online, Syed Abdullah menegaskan, pendedahan sebanyak enam bahagian itu tidak akan terhenti di situ.
Salah satu foto yang terdapat di blog Uncleseekers.
“Kisah itu tidak akan terhenti disitu. Ada banyak lagi yang ingin saya kongsi bersama masyarakat,” katanya di sini, Selasa.
Syed Abdullah merupakan ketua kumpulan Seekers yang sebelum ini popular sebagai pengkaji fenomena aneh dan paranormal.
Pada 20 Oktober 2006, dia pernah direman selama tiga hari selepas diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk membantu siasatan setelah dikatakan menyamar sebagai anggota polis.
Majistret Manira Mohd. Nor mengeluarkan perintah terhadap Syed Abdullah, 46, yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers supaya ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, ditanya tujuan sebenar dia menghebahkan hubungan ‘cintanya’ bersama Siti Aishah, Syed Abdullah memberitahu, tujuan sebenar dia berbuat demikian adalah untuk menyedarkan pihak tertentu bahawa bekas permaisuri itu perlukan kebebasan dan tidak perlu dikongkong.
Syed Abdullah Syed Hussein (kanan) mendakwa hubungannya bersama Siti Aisyah sangat rapat seperti yang digambarkan di dalam salah satu foto di lokasi yang tidak dinyatakan di blognya.
“Berikan dia (Aishah) kebebasan dan jangan halang dia untuk berkahwin dengan lelaki yang disukainya,” katanya.
Tidak gentar dengan segala ugutan yang diterima, diaberkata, apa yang dilakukannya adalah berdasarkan bukti kukuh.
Katanya, walaupun pernah diugut oleh pihak tertentu, dia tekad untuk mendedahkan mengenai perkara itu untuk pengetahuan umum.
“Buat apa saya perlu takut. Saya berkata benar,” ujarnya.
Syed Abdullah juga bersedia sekiranya dia dipanggil oleh pihak berkuasa bagi menjelaskan perkara sebenar mengenai pendedahan beraninya itu.
Dalam pada itu dia mendakwa tidak pernah cintakan Siti Aishah namun tidak menafikan pernah bercinta dengannya.
Malah dia mengelarkan percintaan itu lebih kepada cinta amanah daripada Siti Aishah dan tidak menafikan percintaan mereka hanya berlangsung selama dua bulan bermula Mei lalu seperti yang didakwa di dalam blognya.
“Bagaimanapun, cinta antara saya bukanlah cinta dalam erti kata sebenar. Atas dasar itu juga saya menggelarnya ‘cinta syyhh’,” jelasnya.
Sementara itu, Syed Abdullah juga mengakui sebelum pendedahan itu dibuat, hubungan ‘cinta’ mereka hanya diketahui oleh ibu kepada Aishah, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan ahli kumpulan Seekers.
Bercerita lanjut mengenai perkenalan mereka, dia memberitahu mengenali Siiti Aishah pada Januari lalu apabila bekas permaisuri itu dan keluarganya mengunjungi rumah keluarganya di Janda Baik, Pahang.
Bagaimanapun, dia memberitahu dia dan Aishah tidak lagi berhubung antara satu sama lain sejak Julai lalu. via Mstar Online