in , ,

“Umrah Tangguh, Macam Kita Pergi Nak Buat D0sa” Syifa Melvin mula bersuara

Umum mengetahui kebenaran perjalanan umrah ditangguh sementara mulai 8 Januari ini susulan peningkatan kes C0vid-19 dalam kalangan jemaah umrah tanah air.

Perkara itu turut mendapat pelakon Syifa Melvin yang menyifatkan penangguhan tersebut bukan satu permulaan tahun baru yang baik buat dirinya yang sepatutnya ke Tanah Suci pada 20 Januari depan.

“Ini bukan permulaan yang baik buat saya. Saya sepatutnya berlepas ke Tanah Suci dan menunaikan umrah pada 20 Januari depan,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Syifa turut mempertikaikan tindakan pihak berkuasa yang menangguh ibadah umrah namun penerbangan ke negara lain dibenarkan.

“Perlu cucuk (vaksin) sehingga empat hingga lima kali ke baru nak lepas? Kalau pergi United Kingdom semuanya okey sahaja.

“Macam kita pergi buat dosa pula ya. Selepas varian Omicr0n apa pula? Kita tiada kuasa, jadi turutkan saja sehingga mencapai agenda mereka,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan umrah dibuat berdasarkan kepada data dan statistik kes semasa yang diperoleh.

Berikut Reaksi Dari Netizan

“couple dengan safawi keluar sana sini takpe. bukan dosa? bertudung lilit leher pakai ketat takpe bukan dosa? umrah tangguh sementara utk kesihatan kemaslahatan ummah pulak yg dipertikai” tulis seorang netizan.

Dunia, netizen semakin kej4m – Syifa Melvin

Berasakan dunia semakin kej4m kerana hidup dalam ramai kalangan netizen yang tidak beradab membuatkan pelakon Syifa Melvin hilang minat untuk melakukan perkara yang disukainya seperti dahulu.

Perkara berkenaan diluahkan Syifa atau nama lengkapnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin dalam InstaStory beberapa jam lalu.

Menerusi perkongsian video, Syifa, 27, mendedahkan bahawa dia terhimpit antara dua perasaan sama ada mahu kembali menjadi seperti dulu ataupun kekal menjaga privasi.

“Sejak kebelakangan ini, saya rasa sudah tiba masanya untuk bercakap soal ini. Saya rasa, sekarang saya sedang terhimpit antara nak jadi orang yang bersifat terbuka macam dulu, selalu berkongsi apa sahaja dengan pengikut media sosial.

“Semua saya akan kongsikan dengan kalian. Ataupun, saya kekal menjaga privasi untuk diri sendiri sahaja,” katanya.

Tambah adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu lagi, dia mengakui dirinya sudah jarang berkongsi apa sahaja perkara kepada umum.

Jika dulu, dia berasa disukai dan disayangi oleh ramai orang meskipun hanya berkongsi tentang perihal yang kecil. Namun segalanya dirasakan berbeza sekarang.

“Macam sekarang, saya dapat rasa yang saya sangat jarang berkongsi dalam media sosial.

“Jarang nak tulis apa-apa dalam InstaStory. Sebab rasa malas. Sebab saya rasa dunia sekarang semakin kejam. Netizen suka bercakap itu ini kepada kita, maki hamun macam tiada adab. Tapi sebenarnya saya rindukan semua itu,” katanya.

Pelakon yang mempunyai seramai lebih 705,000 pengikut Instagram itu sebelum ini pernah beberapa kali dihimpit kontroversi membabitkan soal cinta, kerjaya dan bisnes yang diusahakan bersama adik-beradiknya.

Umrah ditangguh ikut data – Khairy

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan umrah ke Arab Saudi dibuat berdasarkan kepada data dan statistik kes semasa semata-mata, demi melindungi nyawa rakyat Malaysia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, data terkini diperoleh oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang telah menjalankan ujian ke atas 1,077 sampel kes positif C0vid-19 dalam kalangan pengembara dari 21 hingga 29 Disember 2021.

Katanya, hasilnya sebanyak 966 daripadanya menunjukkan kemungkinan varian Omicr0n dan kini menunggu keputusan ujian jujukan genom penuh (whole genomic sequencing).

“Daripada sampel tersebut, 750 atau 78 peratus melibatkan sampel pengembara yang tiba dari Arab Saudi. Sebab itu, kerajaan bersetuju menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah seperti mana saya umumkan bermula 8 Januari.

“Jadi, apabila dikemukakan data tersebut, saya minta adakan mesyuarat kuartet khas tergempar semalam, sebab bila berdepan maklumat seperti ini, kita tidak boleh duduk diam, kita kena melaksanakan sesuatu dengan pantas, saya mesti melaksanakan tugas berdasarkan pada statistik dan data yang dikemukakan.

“Tidak ada mana-mana menteri beragama Islam yang nak tangguhkan ibadah umrah, tetapi ini perkara serius, ini bukan ciapan di media sosial, ini bukan video di TikTok, ini melibatkan nyawa anda,” katanya.

Justeru, katanya, penilaian risiko situasi C0vid-19 varian Omicr0n dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi akan dilakukan secara berkala sebelum membuat keputusan untuk membenarkan semula aktiviti umrah.

“Penangguhan sementara aktiviti umrah ini dijangka dapat membantu mengurangkan risiko penularan Omic0n dalam negara dan memperlahankan peningkatan kes C0vid-19, ini adalah langkah pencegahan.

“Apa yang kita tahu, akan datang gelombang Omicr0n, di Amerika Syarikat hampir setengah juta kes harian, di United Kingdom hampir 200,000 kes harian dan gelombang ini satu perkara yang nyata, yang akan tiba di semua negara. Apa yang kita dapat buat adalah langkah pencegahan bagi memperlahankan gelombang ini daripada melanda negara kita,” katanya.

SUMBER KOSMO!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Akan Terima Minggu Hadapan” Abang Viva Dedah Jenis Kereta Yang Akan Dia Akan Dapat

Program NINOS HEBAT Inspirasi Kejayaan Kanak-Kanak Malaysia di TV1