- Gaya Tarian Retro yang GRAND!
- Tiket… Sold Out!
- Tarian Syncronizenya… Mmm… *Teet*
- Muzikal Pak Erwin SUPERB!
- Liza Hanim… WOW! Cam tak percaya!
- Sean Ghazi… suara ala P Ramlee-nya FUH Meletop!
- Atilia… ada gaya jadi bintang!
- Datuk Siti Nurhaliza… Baru ku kenal Azizah yang sebenarnya.
Hanya lapan perkara ini yang Budiey sempat catit dalam buku nota semasa menyaksikan Teater Muzikal P Ramlee The Musical semalam. Terlalu banyak yang ingin diceritakan pada pembaca tentang keseluruhan teater kedua terbitan Enfiniti Productions ini… minda sarat juga dengan idea-idea tetapi saya terpaksa susun satu persatu agar tidak bercelaru.
Perkara pertama yang saya suka ialah propnya yang begitu retro seakan mengajak saya untuk menyelami kehidupan P Ramlee. Perkara kedua, sudah tentu lakonan yang begitu cemerlang daripada Liza Hanim dan Sean Ghazi. Wow! Tahniah… tidak sia-sia Liza Hanim berlatih siang malam untuk memastikan persembahannya boleh dibanggakan. Lakonan Melissa Saila juga tidak mengecewakan cuma dari segi nyanyian dan vokal mungkin boleh dipertingkatkan. Kadang-kadang saya mendengar nyanyian beliau seperti ingin menjerit. Lakonan Siti Nurhaliza pada malam pertama nampak beliau cool dan nampak santun dan manisnya menjiwai watak sebagai Azizah… walhal dalam hati Siti saat berlakon malam pertama ni memang cukup berdebar-debar. Ini diakui oleh Siti sendiri ketika sesi sidang akhbar. Perkara ketiga, bunyi muzikal yang terhasil daripada komposer terkenal daripada Indonesia; Pak Erwin Gutawa… Fuh! Sebagaimana yang saya katakan, memang tidak pernah mengecewakan.
Apatah lagi saya rasa gembira kerana diberi tempat duduk yang begitu strategik di mana saya boleh melihat para pemain muzik dari dekat. Barangkali, saya juga membawa kamera, pihak IB memberikan saya tempat duduk paling hadapan di tengah-tengah dewan Panggung Sari. Senang untuk memerhatikan gerak geri pelakon dari dekat walaupun sistem bunyi tidak berapa jelas di tempat saya itu. Beberapa kali juga, saya terpaksa melihat sari kata dalam Bahasa Inggeris yang disediakan di bahagian atas. Perkara ke-4, aspek gerak tari yang dikareografi oleh Pat Ibrahim yang cukup berpengalaman dalam mereka tari tarian retro, fusion iaitu campuran tradisional dan kontemporari. Adakalanya, mata saya galak juga bila ada tarian berbentuk retro-seksual ala penari kabaret dipersembahkan. Apa-apa pun, untuk saudara Pat… well done! Good job, bro!
Adalah satu pembohongan yang BESAR sekiranya Budiey mengatakan teater ini tidaklah segah dan se-grand mana. Saya tidak berani untuk menipu pembaca. Tetapi ini hakikat yang perlu diterima sebenarnya kerana tenaga kerja dibelakang tabir teater ini bukan calang-calang orang. Apatah lagi, apabila diberi peluang untuk turut sama menikmati gabungan seni suara, seni lakon, seni tari, seni muzik, seni artistik dan seni persembahan yang dipadukan dalam teater ini. Inilah hasil daripada kerja-kerja insan-insan seni begitu teliti, begitu kreatif dan bersemangat waja dalam menghasilkan sesuatu yang baik. Sekalung tahniah saya berikan buat Datin Tiara Jacquelina dan semua yang terlibat dalam menjadikan persembahan pada malam tadi melekat pada hati dan jiwa saya sebagai pencinta seni. Ternyata kejayaan persembahan ini akan diteruskan dan semoga ianya bertambah baik sehinggalah malam terakhir pada 3 November nanti.
SOLD OUT! Tiket sudah pun habis dijual. Ramai membuat andaian bahawa tiket habis dijual kerana adanya seorang DIVA POPULAR iaitu Siti Nurhaliza dalam teater ini. Saya menolak sekerasnya kerana tidak semua yang datang adalah peminat Siti. Walaupun tidak menafikan ramai yang membeli tiket adalah terdiri daripada peminat Siti Nurhaliza, namun untuk pengetahuan semua watak untuk Azizah adalah sedikit sahaja.
Sekiranya benar tiket sudah pun habis, mungkin ada wajarnya panggung teater ini dibuka untuk sessi kedua pada tahun hadapan. Saya percaya ramai lagi yang tidak berpeluang untuk menontonnnya.
Budiey lihat ramai juga selebriti yang hadir. Antaranya, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Nasha Aziz, Datin Normala Shamsudin serta suami; Datuk Azmi Khalid, hos pengacara 3R; Kartini Kamalul Ariffin, Datuk Aziz Satar, Nora Danish, Aqasha, Tam; pelakon Dunia Anita TV3, Rusminah Sidek dan ramai lagi.
Untuk melihat gambar selebriti dan foto sepanjang acara pembukaan teater Muzikal P Ramlee sila klik di sini:
Nantikan senarai prop & adegan yang saya suka dan adegan paling sedih di entri seterusnya.
[tags]gambar siti nurhaliza, sinopsis akasia spa Q, gossip Datuk Siti Nurhaliza, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Nasha Aziz, Datin Normala Shamsudin serta suami; Datuk Azmi Khalid, hos pengacara 3R; Kartini Kamalul Ariffin, Datuk Aziz Satar, Nora Danish, Aqasha, Tam; pelakon Dunia Anita TV3, Rusminah Sidek, tammy nyp video download, mat skodeng, ulasan teater muzikal p ramlee, watson upskirt, gambar siti nurhaliza, sinopsis akasia spa Q, gossip Datuk Siti Nurhaliza, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Nasha Aziz, Datin Normala Shamsudin gossip, atilia profile, album atilia [/tags]