in , ,

Ulasan Produk Penapis Udara AURA dari PRISM+ Dilengkapi Ciri Termaju

PRISM+ Malaysia baru-baru ini telah melancarkan penapis udara pintar terbarunya yang dinamakan Aura.

Budiey antara media yang dijemput khas secara eksklusif oleh PRISM+ untuk mendalami dan merasai sendiri pengalaman menggunakan peranti yang sesuai untuk kediaman ini.

Perkara pertama yang membuatkan Budiey rasa kagum adalah, ini adalah kali pertama Budiey melihat penapis udara yang boleh dikendalikan menerusi telefon bimbit. Dengan ciri-ciri pintar yang boleh diakses melalui aplikasi PRISM+ Connect, penapis udara ini menjanjikan pengalaman pengguna yang lebih mudah dan selesa. Ianya menjimatkan masa dan membuatkan hidup kita lebih sempurna.

Ulasan Produk Penapis Udara AIRA dari PRISM+ Yang

Selain itu, apa yang membuatkan Budiey rasa untuk menggunakan penapis udara AURA ini adalah pembuatannya memang cukup efektif. Ia dilengkapi dengan penapis HEPA H13 dan sensor inframerah yang membolehkan pemantauan kualiti udara secara langsung. Sekaligus ia menjadi penapis gred perubatan yang mampu menapis partikel halus, alergen, dan bulu kucing.

Rekabentuk dan Ciri-ciri

PRISM+ AURA menampilkan rekaan kompak yang sesuai untuk bilik berkeluasan sehingga 182 kaki persegi. Walaupun saiznya kecil, ia dilengkapi dengan teknologi terkini yang membuatkan ia mampu memberikan perlindungan udara yang optimum. Bentuknya tidaklah besar mana pun. Tapi dari jauh Budiey rasa nampak alat penapis udara ini sungguh comel dan cute.

Bukan itu yang paling utama kerana apa pun kita kena melihat peranti ini canggih atau tidak. Sesuai dengan kehidupan kita yang sentiasa sibuk di zaman canggih dan berteknologi tinggi ini. Penapis udara ini dilengkapi dengan penapis HEPA H13 yang mempunyai keupayaan anti-bakteria dan anti-bau, memastikan udara yang dihembus keluar bersih dan segar.

Ulasan Produk Penapis Udara AIRA dari PRISM+ Yang

Operasi dan Prestasi

Salah satu ciri menonjol PRISM+ AURA adalah operasi senyap berbisik yang sangat sesuai untuk penggunaan di bilik tidur atau bilik belajar. Teknologi DC Brushless Motor yang digunakan memastikan penapis udara ini beroperasi dengan tenang tanpa mengganggu ketenangan malam anda. Untuk anda yang ada kucing di rumah, sudah tentulah peranti ini nyaman dan tidak mengganggu ketenangan rumah anda atau mengganggu kucing anda yang sedang berehat.

Ulasan Produk Penapis Udara AIRA dari PRISM+ Yang

Selain itu, penapis udara ini juga mempunyai pelarasan automatik yang dapat mengesan dan menyesuaikan status kualiti udara semasa ruang secara real-time.

Sebagai pemilik kucing, menjaga kebersihan udara di rumah adalah sangat penting untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan anda serta haiwan peliharaan kesayangan anda. PRISM+ AURA adalah penapis udara pintar yang menawarkan ciri-ciri luar biasa untuk membantu mengatasi masalah debu, bulu, dan alergen yang sering dikaitkan dengan pemeliharaan kucing.

Ulasan Produk Penapis Udara AIRA dari PRISM+ Yang

Keserasian Aplikasi Pintar

PRISM+ AURA dapat dihubungkan dengan aplikasi PRISM+ Connect yang membolehkan pengguna memantau kualiti udara secara langsung. Melalui aplikasi ini, pengguna dapat melihat cerapan data dan mencipta rutin automasi yang memudahkan kawalan penapis udara ini dengan usaha yang minimum.

Ulasan Produk Penapis Udara AIRA dari PRISM+ Yang

Teknologi Penapisan

Penapis HEPA H13 yang digunakan oleh PRISM+ AURA merupakan penapis gred perubatan yang mampu menapis partikel halus dan alergen. Dengan tiga lapisan pertahanan, penapis ini memberikan udara bersih yang memenuhi standard perubatan profesional. Penderia muka smiley yang unik pada penapis udara ini menunjukkan kualiti udara sekeliling anda secara masa nyata, memberikan pengguna maklumat segera tentang status udara di sekitar mereka.

Ulasan Produk Penapis Udara AIRA dari PRISM+ Yang

Kesimpulan

PRISM+ AURA adalah pilihan yang tepat bagi sesiapa yang mencari penapis udara pintar dengan prestasi tinggi dan ciri-ciri termaju. Dengan operasi senyap, pelarasan automatik, dan kawalan aplikasi pintar, penapis udara ini menawarkan keselesaan maksimum dengan usaha yang minimum. Tambahan lagi, teknologi penapisan HEPA H13 memastikan udara di dalam rumah anda kekal bersih dan segar. Kekalkan kualiti udara dalaman yang terbaik dengan Penapis Udara PRISM+ AURA.

Kelebihan:

  • Operasi senyap berbisik
  • Pelarasan automatik berdasarkan kualiti udara
  • Kawalan pintar melalui aplikasi PRISM+ Connect
  • Penapis HEPA H13 gred perubatan
  • Sesuai untuk ruang sehingga 182 kaki persegi

Kekurangan:

  • Hanya sesuai untuk ruang kecil
  • Perlu aplikasi untuk kawalan penuh fungsi pintar

Kekalkan kebersihan udara dan kesegaran ruang anda dengan PRISM+ AURA, penapis udara pintar yang direka untuk memberikan yang terbaik dalam teknologi penapisan udara.

Aura Smart Air Purifier boleh dimiliki dengan harga serendah RM379 (Alphine White) dan RM399 (Space Grey).

Untuk info lanjut, sila layari: https://prismplus.my/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom ke Seafood Festival 2024 di Sunway Putra Mall Pada 22 dan 23 Jun Ini!

Chef Wan Diarah Bayar Ganti Rugi RM150,000 Kerana Fitnah Menantu