in , ,

Ulasan Penonton Tentang Filem POINT BREAK

Syiok semalam dapat bertemu dengan Budieyators dan selebriti serta influencers yang datang memeriahkan Premiere With Budiey menonton filem POINT BREAK di TGV Cinemas One Utama.

Soalnya, macam-macam pendapat yang Budiey terima tentang filem POINT BREAK. Jom kita tengok apa kata penonton yang menonton filem POINT BREAK semalam.

Umar Uzair – Penyanyi:

Secara dasarnya ingin mempromosi sukan lasak; luncur salji, luncur air & payung terjun. Berlatarbelakangkan gunung dan laut, kombinasi pemandangan yang hebat tapi penamat cerita agak gagal. ☆☆☆. Terima kasih undangannya abg @budiey & #tgvcinemas

Azri Abdullah – Penyanyi:

Ini dia ulasan saya tentang filem POINT BREAK… Saya kasi 5/5.

Bard Ikkie – Pembaca Budiey.com:

A group of poly athletes doing a series of mind blowing ordeals. Individuals with strong will and determination to follow their own path. Giving back to earth as small as planting a tree to hijacking a plane to release a shitload of money for the poor. 4/5 stars from me. Thanks abang Budiey Isma for the tix. It was a lot of fun.

Rozita Majid – Pengurus Artis:

“No rules…no limits… Point Break” extreme action movie yang penuh dengan adengan-adengan superb stunt action..motorsports, extreme mount climbing , extreme rock climbing , water surfing penuh dengan aksi-aksi mendebarkan dan jalan cerita yang menarik. C.ta kasi ☆☆☆☆ bintang😍

Afil Syazwan – Wartawan

Filem: Point Break
Genre: Aksi/Ekstrem
Pengarah: Ericson Core
Pelakon: Luke Bracey, Teresa Palmer, Edgar Ramirez
Tarikh tayangan: 3 Disember 2015
Verdik: 3.5/5

Semalam berkesempatan menonton Point Break. Thanks abang @budiey for the tix. Okay, meh baca review sikit. 😎

Point Break berkisar mengenai Utah, seorang peminat sukan ekstrem tetapi dia berhenti melakukan aktiviti itu selepas kawan baiknya, Jeff jatuh gaung apabila motocross dia tak sempat break di jurang.

Dia kemudiannya menyertai FBI, dan bekerja untuk menyelesaikan kes rompakan yang sangat liar biasa. Luar biasa sebab perompak-perompak tu merompak bukan untuk wang, tetapi untuk spiritual thing.

Utah menyertai kumpulan perompak ini untuk menyelidik taktik mereka dan apa yang mereka mahukan. Utah juga dapat tahu bahawa kumpulan perompak ini ingin mencapai The Eight. Binatang apa tu? Kena tengok sendiri okay.

To be honest, sepanjang tayangan semalam, aliran adrenalin dalam tubuh memang melonjak-lonjak disebabkan aksi-aksi hebat mereka melakukan sukan ekstrem seperti base jump, motocross, wave surfing, and macam-macam lagi.

Filem ini juga merupakan sebuah filem yang diinspirasikan daripada filem Point Break yang pernah dihasilkan pada 1991 lakonan mendiang Patrick Swayze dan Keanu Reeves.

Jadi, kalau korang peminat sukan aksi yang macam ni, sila ke pawagam berhampiran sebab best gile. Tangan kaki sume confirm berpeluh!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gara-Gara Salah Faham ‘kimK’ Fazura Nasihat Elak Guna Bahasa Slanga

Telemovie GOCOH Angkat Kisah Rasuah Dalam Sukan