in ,

Ulasan Pembaca & Penonton Filem THE FOREST

Ramai yang teruja mahu menonton filem THE FOREST selepas menonton trailer. Namun, Budiey nak nasihatkan anda semua, trailer yang anda tonton itu cuma 20% daripada gambaran cerita sebenar. Pergilah menonton untuk mengetahui kesudahannya.

Semalam, sempena dengan sambutan ulangtahun Budiey.com ke-9, acara mingguan Premiere With Budiey menyajikan kepada Budieyators filem THE FOREST. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan diharapkan anda semua berpuas hati dengan hadiah yang Budiey berikan kepada semua. Sekadar untuk menghargai sokongan anda semua.

Jom kita tengok dan baca apa kata penonton tentang filem THE FOREST:

AJ RAZAK – BUDIEYATORS

Good day to all. This is my review of THE FOREST a horror flick hosted by www.budiey.com . We would like once again to congratulate Budiey Isma on the 9th anniversary of his popular entertainment blog.

The mighty Mount Fuji is a national heritage site of Japan. Despite its majestic and splendid glory lies a place called Aokigahara where the living go to end their lives. All Japanese know the existence of this eerie place and trekkers are prewarned to stay away from this place for possible sightings of wandering lost souls.

This movie centred around an English teacher who went missing after a visit to Aokigahara. Her twin sister from the US came to look for her as she believed the sister was still alive. Here the plots and sub plots weaved through the movie. One needs to view this movie from many angles. Questions are unanswered and the final scene leaves you to draw your own conclusion. Scream scenes are many and brace yourselves from hysterical viewers.

RECOMMENDED FOR GENERAL VIEWING, PAEENTAL GUIDANCE FOR THOSE BELOW 13.

MY RATINGS 4 OF 5 STARS

LINA LOKMAN – BUDIEYATORS

Story dia okeylah…biasa2 je…pasal Hutan Aokigahara….Hutan di mana kebanyakan orang pergi membunuh diri…sesat jika sedih dan sebagainya. Sara pergi mencari kembarnya di hutan itu… Ada orang di sebuah makam lama..menyimpan mayat, mengingatkan Sara supaya jgn terpesong jalan. Tapi jalan manakah yg dipilih? siapa yg teman Sara masuk Hutan? jumpa APA kat sana? kena tgok sendiri key…

Lina bagi 2/5

ZACK ARYA – BUDIEYATORS

Selesai sudah tayangan The Forest kat GSC One Utama malam ni. Dalam trailer bukan main seram tapi cerita sebenarnya telah menyemarakkan kehampaan saya. Dukacita sangat ! Huhu. I tot i nak jerit lepas geram. Malangnya jeritan itu hanya berteriak di dalam hati. So, untuk filem THE FOREST ni. Saya kasi 2.99/5. Sorry ye ! So guys kalo nak tengok movie lain. Jom kita godek web yg sgt popular www.budiey.com.

KAMAL REZUAN – BUDIEYATORS

Arahan Jason Zada, written by Ben Ketai, Nick Antosca, and Sarah Cornwell. Probably if i accept to further my study kat Yale University few years ago, maybe dia ni skang considering my Uni-mate..maybe la.

Anyway, cerita ni based on the true story of this forest called Aokigahara Forest yg terletak di gunung Fuji in Japan. Org masuk hutan ni utk commiting suicide,dikatakan byk roh yg xtenang dlm hutan ini.Dan hutan ini benar2 wujud! ‪#‎MindFuck‬ kan?

For me,penceritaannya agk lain sket drp cerita2 seram yg sebelum2 ni.Ada hala tuju dan ending dia ada point yg logik. Penyusunan plot clifhanger and relief begitu memberangsangkan. Maybe sebabkan fakta true story hutan ni sama cerita dia nampak logik, atau gabungan idea daripada team Jepun dan US.

Sebab cara seram dia mcm Japanese style, jalan cerita mcm Hollywood kinda thing. The Forest, jadi seram sebab lighting yg baik, sampaikan daun kering gugur pun ada yg jerit dlm panggung! Filem yg menelan belanja USD 10 mill ini, somehow berjaya menidakkan my thought on cerita cliche seram-seram yang lepas.

Nak summarize kisah cerita ni, I believe korang boleh je googlekan. So jangan malas. Kepada penggemar cerita2 horror, yup.. you shud grab the popcorn really soon buddy~

I give 3.8 out of 5 for this.

Thank you to Budiey Isma

NOMY – BUDIEYATORS

Ini dia ulasan saya tentang filem THE FOREST, Kisah si kembar Sara yang mencari pasangan kembarnya Jess yang hilang di dalam hutan semasa camping di hutan tersebut. Setelah beberapa lama hilang, ramai yg telah memberitahunya kembarnya kemungkinan sudah mati kerana diambil nyawanya dari kuasa jahat atau pun hantu dihutan tersebut.

Si kembar bernama sara tak berputus asa, tetap masuk ke hutan mencari kembarnya jess. Agak-agak jumpa tak sara dengan Jess? Kalau nak tahu lihat sendiri yerrrrr. Saya kasi 3/5 untuk movie ni.

Thank you Budiey Isma for invitation. Love the movie sebab terkejut2 mak kat dalam wayang tu.

BUBU BEAR – BUDIEYATORS

Ini dia ulasan saya tentang filem THE FOREST 2016. Film ini merupakan sebuah filem seram yang di lakokan disebuah hutan belantara yang berada di Jepun iaitu Aokigahara Forest gunung Fuji. Yang diceritakan tempat untuk membunuh diri.

Watak utama cerita ini dibintangi oleh seorang wanita muda Amerika bernama Sara (Natalie Dormer), dimana dia datang untuk mencari saudara kembarnya, yang telah menghilang secara misterius iaitu Jessy (Lakonan sama).

Meskipun sara telah diperingati oleh semua orang agar dia tidak melepasi garis jalan yang ditetapkan (stay on the path) agar tidak tersesat, tapi Sara tetap bertekad memasuki hutan untuk menjejaki nasib kembarnya iaitu Jessy.

Cerita ini bertambah seram dan menakutkan apabila Sara mula berhadapan dengan jiwanya yang marah dan tersiksa oleh orang mati yang memangsa siapa saja yang mengembara ke hutan dan melintasi jalan mereka.

Apakah sebenarnya kembar Sara berada di gunung itu, ataukah selama ini Sara hanya berhalusinasi akan kembarnya itu, hingga musibah harus mengikuti hidupnya? Adakah Sarah akan selamat? Jangan lupa Saksikan film seram ini dipawagam-pawagam berdekatan anda untuk mengetahui bagaimana Sara menyelesaikan semua permasalahan yang terjadi.

Saya kasi 4/5 untuk filem ini. Layari: www.budiey.com

Untitled

AIMAN ALIYAH – BUDIEYATORS

Maaf Budiey Isma kerana agak lewat beri ulasan. Ini adalah ulasan untuk Premiere Filem The Forest.

Apa keistimewaannya kembar seiras? Kedua2 mereka dapat merasai apa yang berlaku di antara satu sama lain.
Filem ini mengisahkan kehilangan misteri kembar seiras, Jess Price seorang guru, yang mengajar di Jepun. Sara (lakonan Natalie Dormer (Game of Thrones)) dapat merasakan yg kembarnya masih hidup, berhasrat untuk mencarinya di Hutan Aokigahara di kaki Gunung Fuji.

Dengan ditemani oleh wartawan pengembara Aiden (lakonan Taylor Kinney) dan ranjer hutan, Michi (lakonan Yukiyoshi Ozawa), mereka memasuki kawasan larangan di hutan tersebut untuk mencari Jess. Suasana seram yang dibayangi Yurei dan misteri alam mistik yang diselubungi oleh Sara dan Aiden, menjadikan pencarian Jess suatu yang rumit. Dapatkah mereka bertemu dengan Jess? Dapatkah mereka keluar dengan selamatnya? Saksikan Filem The Forest di pawagam berhampiran.

Saya bagi 3.5*/5.

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Forum Perdana Ehwal Islam Bincang Tajuk BAHAGIA TAPI LESU

Ada Sebab Konsert Madonna di Singapura Diklasifikasikan R18