Semalam, berlangsungnya dengan meriah dan gemilangnya, acara Malam Gala Filem ADA APA DENGAN CINTA 2 di Cathay e@Curve yang dianjurkan oleh Primeworks Distributors sub syarikat dari Media Prima.
Dihadiri oleh penggerak utama filem ini iaitu Nicholas Saputra (Rangga) dan Dian Sastrowardoyo (Cinta) yang tampil anggun dan cukup cantik.
Turut sama rakan-rakan beliau yang lain serta pencipta dan penyanyi terkenal Melly Goeslow. Pengarah Riri Riza dan juga Mira Lesmana selaku penerbit dan jalan cerita turut sama hadir. Budiey lihat ramai sekali selebriti ternama tempatan yang dijemput ke acara ini. Maklumlah, sebanyak tujuh hall dibuka untuk tontonan umum di acara malam gala. Ini sudah cukup menyatakan hebat ke tak filem ini. Ramai yang nak menonton sehinggakan ada yang mahu beli tiket menonton malam gala ini. Ish… ish…
[dropcap]B[/dropcap]udiey kira, walaupun agak kelam kabut dan ada beberapa salah faham ketika sesi pendaftaran media, namun apa yang penting suasana luar biasa dapat dilihat menggambarkan sambutan yang cukup hangat di mana tujuh dewan pawagam ini telah penuh dengan para peminat, selebriti dan juga tetamu undangan. Keterujaan menantikan filem ini di pawagam sudah cukup membuktikan filem ini akan pecah panggung.
Para media yang hadir turut mendapat peluang untuk menjengah di sidang media yang diadakan selepas sessi tontonan.
Seramai 60 orang selebriti dan juga Budieyators telah pun dijemput untuk menghadiri tayangan premiere ini dan tunggu apa lagi, jom kita baca apa kata penonton:
Lili Lajman:
My review of Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2)…
truth be told, after i saw AADC years ago i did not emerge as one of its many Malaysian fans. sure, the poetry was lovely and the two main leads are gorgeous. but to me, it was just another teenage love story. to me, it was nothing memorable, really.
but i cannot say the same about AADC2. i went to the premiere with no expectations – friends close to me know me too well for not being much of a fan of rom-coms and love stories. however, when filmmakers mix romance with unique artistic expressions and breathtaking landscapes native to a nation -in this case Indonesia- i cannot help but be drawn to the whole experience like a coffee connoisseur drawn to the whiff of a freshly-brewed cuppa. fourteen years after its predecessor was produced and nine years after Rangga (Nicholas Saputra) broke up with Cinta (Dian Sastrowardoyo) in the storyline, this sequel goes fast-forward to the present and features characters who are more mature in their outlook towards life now. the recently-engaged Cinta and her best friends travel to Jogjakarta for a girls-only holiday; but fate has it that she will not just spend her time there shopping and eating.
whilst it essentially remains a simple story of love lost and found, the film’s narrative which centres on a gal who has reached adulthood but still stays close and loyal to her high school buddies resonates with me. how, at the core of it all, support from close friends are important for one to live through and survive the bad times – especially when it involves matters of the heart. to put it in a nutshell, i enjoyed the movie very much (with the exception of some double-standard cersorship instances). and if AADC2 could convert a non-AADC believer such as i, i am certain that ardent fans of the Cinta-Rangga pairing would rejoice at the lovebirds’ much-awaited return.
Dzeng Yusof:
Kali ini ada lebih banyak cinta. Cinta antara kekasih, cinta antara kekasih lama, cinta suami isteri, cinta antara seorang anak dan ibu, cinta majikan kepada pekerja, dan cinta para sahabat.
Dalam AADC siri 1, Rangga memberikan ciuman yang berahi namun meninggalkan Cinta dan berjanji akan kembali selepas 3 purnama. Janji itu tidak ditepati, hanya selepas beratus-ratus purnama kemudian cinta itu datang kembali.
Rangga (Nicholas Sahputra) dan Cinta (Dian Sastrowodoyo) dalam AADC 2 adalah lebih dewasa dari mereka yang kita kenal dahulu, tetapi karektornya tetap sama. Cinta dengan minatnya terhadap seni dan seorang yang tegas, dan rangga masih lagi kurang berkata-kata, tetapi cukup jelas apa yang dikehendakinya bila dia berbicara.
Ada apa dengan cinta 2? Cinta adalah satu perasaan. Cinta menjanjikan bahagia, cinta menjadikan orang bodoh. Tetapi cukupkan jika cinta itu hanya satu perasaan tanpa pertemuan?
Pertemuan di dalam filem ini berlaku bila Cinta (Dian) dan rakan-rakannya membuat perancangan untuk bercuti di Jogjakarta. Dan bermula lah seakan satu dokumentari tentang Jogjakarta dan apa yang ada di Jogjakarta.
CINTA 1.
Melihat pertemuan para sahabat itu pada permulaan cerita seolah menonton filem Sex and the City. Kisah sahabat dengan masing-masing mempunyai karektor dan kehidupan yang tersendiri. Awal permulaan cerita AADC 2, Cinta dan Rangga bukan lah karektor utama. Di awal cerita cinta ada pada sahabat.
CINTA 2 dan CINTA 3
Di bahagian dunia sebelah sana, seorang teruna yang sebelum ini kebingungan telah membuang segala apa yang dicintai; keluarga, kekasih, negaranya sendiri kemudianya di ingatkan tentang apa yang ditinggalkan. Ada sesuatu yang perlu di lunaskan dan di sini lah kisah itu bermula. Cinta peringkat kedua filem ini adalah cinta kepada keluarga dan cinta majikan dan pekerja.
CINTA 3.
Cinta adalah perasaan. Tetapi perasaan itu tidak cukup tanpa pertemuan.
Bagaimana pertemuan itu dan apakah pertemuan itu sesuatu yang indah, rasanya cukup lah sampai di sini sahaja ulasan mengenai jalan cerita filem AADC 2 ini, Tetapi sedikit clue, pertemuan itu tidak lah begitu indah sehingga Cinta mengatakan… dan saya translate…
“Ketika kamu muda, sifat bingung kamu adalah comel, tetapi kini ia hanya menjijikkan!”
Whyyy??????
Seperti biasa filem berskala besar indonesia dan juga Thailand selalunya terlalu cantik (atau dengan kata lain, filem Malaysia, penataan seninya sentiasa hazab). Setiap moment dan scene di ambil begitu indah.
Paling suka bila secawan air di gunakan sebagai cue bahawa babak-babak keadaan tegang dan kebenaran akan berlaku di dalam beberapa moment-moment dalam filem ini.
Justifikasi yang mencukupi diberikan untuk setiap lokasi baik di Jakarta, Jogjakarta atau pun di New York, tidak seperti filem Malaysia yang selalu over trying dan tidak mau edit filem untuk menunjukkan berapa banyak kos yang digunakan untuk membuat filem di luar tanah air. Filem ini tidak begitu. Lokasi-lokasi itu tidak penting. Lokasi itu hanya lah titik pertemuan sahaja.
Over all filem ini sangat brilliant tetapi ada moment yang sepatutnya significant yang begitu draggy sehingga saya hampir terlelap. Mungkin kerana penat, tetapi sesuatu berlaku di dalam moment itu yang membuatkan mata ini kembali segar sehingga penamat dengan beberapa “ohhh” “wow” “omg” moment.
Walaupun Rangga menjanjikan 3 purnama, namun aku terpaksa tunggu 168 purnama (14 tahun) untuk mendapat jawapan tentang kesudahan filem ini.
Apa kesudahannya? atau mungkin ada AADC 3?
Tontonlah sendiri.
Apa pun jawapan ada dalam filem ini, telah membuatkan aku puas.
Puas!
Untuk kesekian kalinya, terima kasi kepada Budiey Isma dan Budiey.com – Blog Sensasi Selebriti kerana telah menjadikan penyaksian Cinta dalam AADC 2 ini satu kenyataan. 14 years is a very long time to wait. I personally cakap dengan dia, i must watch on the first day. I cannot wait any longer.
Over tak.
Jom Undi SENSASI SELEBRITI di Anugerah Pilihan Online APO 2016 dalam kategori Blog Pilihan Online
Marzan Achik
Terima kasih Budiey Isma kerana menjemput ke tayangan. Filem yang berkisarkan perjumpaan 4 sahabat yang terpisah lama di Yogyakarta. Di dalam percutian mereka di sana, secara kebetulan terjumpa dengan kekasih lama Cinta iaitu Rangga. Pelbagai plot romantik akan dapat disaksikan di samping adegan lawak dari Milly. Dari sini penonton akan tertanya2 adakah cinta antara Cinta dan Rangga akan berputik kembali? Dimana rakan mereka Alya yang tidak menyertai mereka? Apakah yang menyebabkan Rangga dan Cinta terpisah selama 9 tahun dan juga sebab mengapa Rangga kembali ke Indonesia setelah bertahun lamanya menetap di New York? Pembahagian rating adalah :
Pemilihan pelakon : 5/5
Jalan Cerita : 3/5
Plot romantik : 4/5
Tarikan pada watak dan lokasi : 5/5 ( filem akan membawa penonton tempat2 menarik di Yogjakarta)
Filem yang sesuai ditonton untuk tayangan umum. Pada yang belum menonton AADC 1 mungkin agak tertanya2 apa yang berlaku.
Saya bagi 4/5 untuk filem AADC2 ini. Pengalaman menarik dapat berjumpa pelakon asal di mana di dalam relaliti Rangga dan Cinta adalah sangat cute.
Untuk maklumat lanjut tentang Tayangan Premiere bersama Budiey, layari www.budiey.com. Sila undi Sensasi Selebriti di APO2016 dengan melayari www.apo.mstar.com.my
Aiman Aliyah
[dropcap]I[/dropcap]ni ulasan saya tentang Tayangan Premiere Malam Gala Ada Apa Dengan Cinta 2 anjuran www.budiey.com bersama #Budieyators
Terima kasih Budiey Isma kerana menjemput kami ke tayangan premiere gala ini. Rasa teruja sangat2 dapat berjumpa dengan Nicholas Saputra, Dian Sastrowardoyo dan Melly Goeslaw. Terasa karen banget!
Ada Apa Dengan Cinta 2? Bagi pendapat saya, filem ini lebih kepada Ada Apa Dengan Rangga. Kenapa ya? Demi melanjutkan pelajarannya di New York, Rangga melalui liku2 pahit setelah kematian bapanya, setelah ibunya melarikan diri, setelah kehidupannya menjadi sempit, setelah bapa Cinta memberi harapan tinggi untuk Rangga memiliki Cinta, setelah dia memutuskan percintaan dengan Cinta sehingga 9 tahun lamanya. Bukan ke semuanya tentang Rangga?
Ada Apa Dengan Cinta? Hidupnya mewah dan bahagia bersama tunangannya Tria, mempunyai teman2 rapat iaitu Karmen, Milly dan Maura lantas berliburan di kota Yogjakarta, punya galeri kecil dan menjadi tempat2 pengkarya melebarkan sayap mereka. Bagi saya memang tepat tajuk filem ini adalah Ada Apa Dengan Rangga.
Untuk mengetahui apa yang saya cuba maksudkan, jom beramai-ramai menggamatkan pawagam berhampiran anda dan saksikan Ada Apa Dengan Cinta 2 mulai 28hb April 2016.
Filem yang sesuai ditonton untuk tayangan umum. Jangan risau, babak2 hangat sudah disensor. Saya bagi 4/5 untuk filem AADC2 ini.
Untuk maklumat lanjut tentang Tayangan Premiere bersama Budiey, layari www.budiey.com. Sila undi Sensasi Selebriti di APO2016 dengan melayari www.apo.mstar.com.my
Cyrill Hassan:
Memang benar takdir cinta seseorang telah tertulis di Azali. Walau sejauh mana pasangan jiwa itu berjauhan terpisah pasti akan bersatu dengan kehendakNya….
Perpisahan antara Cinta-Rangga berlansungan sehingga 9-tahun sehingga takdir cinta mereka mempertemukan dua jiwa suci ini.
Karmen yang baruan direlease dari pusat pemulihan lewat salahguna narkoba disambut oleh teman best friend forever, Cinta, Milly dan Maura membawa mereka meneroka bumi Yogjakarta untuk meraikan Cinta yang bakal melansungkan pernikahan sama Trian, seorang usahawan muda yang berjaya. Cinta juga punya agenda mau hadir ke pameran seni karyawan agung Eko Nugroho
Sementara itu di Brooklyn, New York, Rangga lagi nyiapin cafe diawal pagi diterjah dengan kehadiran Sukma, sosok gadis yang hadir dengan membawa perkhabaran bahawa dirinya merupakan adik tirinya serta kondisi ibunya yang telah selama 25 tahu meninggalkan Rangga….
Bagaikan pertemuan yang diatur, Rangga pulang ke Indonesia. Singgah di Jakarta untuk bertemu Cinta. Malangnya Cinta tiada lalu Rangga terbang ke Yogja. Di Yogja Team Cinta lagi liburan dari pagi hingga lewat malam memenuhi jadual yang dirangka dari awal. Sehingga satu detik Rangga terlihat oleh Karmen dan Milly waktu keluar sarapan
Karmen lalu mengikuti Rangga ke rumah penginapan. Di villa persinggahan Team Cinta, Karmen, Maura sama Milly lagi bingung samada mau menceritakan hal Rangga kepada Cinta. Cinta diputuskan Rangga hanya dengan sekeping surat membawa penderitaan jiwa kepada Cinta. Yang menjadikan Cinta kuat adalah api persahabatan antara mereka berlima. Alya bagaimanapun sudah tiada lagi bersama kerna dijemput Tuhan.
Mereka sepakat memberitahu Cinta. Cinta menerima perkhabaran itu dengan tenang. Katanya antara dia dan Rangga udah tiada apa apa. Tiada keperluan lagi baginya untuk ketemu sama Rangga. Karmen pula dalam diam diam bertemu Rangga dan memberitahu Cinta sekarang ada di Yogja. Rangga mau ketemu sama Cinta tetapi sebaliknya Cinta tidak. Sehingga di pameran Eko Nugroho Cinta dan Rangga di pertemukan oleh takdir cinta mereka…..
Mau tahu yang selanjutnyaa?.Mau?? Yuk kita ke bioskop nonton #AADC2Pasti seru! Bakal menerjah ke pawagam tanggal 28.04.2016
Kamal Rezuan
Aku ingat nak tengok sekali lagi lah… hmm…
Nak review ke tayah ni? My 1st time tgk AADC when i was in the 1st year at Uni. Well, started from that…aku kira, cewek yang has that Indonesia ascent is hot. I can fall for a girl like that like, on the dot… Jadi ceritanya begini, ehh..ngak perlu deh…fine!
Rangga said,”It is not about the destination matter,it’s the journey”.
Hmm,aku suka karya indonesia sebegini karena lenggok bahasanya sgt sesuai dlm cerita perihal cinta romantis.Namun AADC 2 kali ini,hmmm….syapa bilang ama loh,setiap lakonan,perlukan bicara kata? Dahla……habis ape aku nak review ni kalau semua tak bagi…so tunggulah 28hb April 2016,akan keluar di seluruh pawagam tanah air…
“Apa yang kamu buat, itu Jahat! ” – Cinta
So utk AADC 2 aku bagi 4 out of 5. Bukan kerana brandnya tapi ceritanya. Menjual tempat sendiri, bahasa, karyanya. A very deep love story. Kesimpulannya drp cerita ini ialah…”Woman is always right” ..pttffff~~
Thanks Budiey Isma for giving me celebrity access. Nasibla jumpa ex aku masa event tu,sebelum cerita ni start.hmm… #Budieyators #AADC2 #AADCmalaysia
Afzaini Zam Conteng Kasot
Ada apa dgn cinta 2 (AADC2) – Tebayang zaman swaktu menuntut di cosmopoint awal tahun 2000, ini adalah salah satu filem yg semua student dok becerita!! Masing2 dah mula belajar bercakap dialek Indonesia Jakarta penangan drp filem n nak2 student pompuan!! Bila muncul part 2 terus pikiran macam dibawak ke zaman masa tu balik!! Menariknya cerita ni bukan sb apa, melainkan hanya nostalgia yg ada pd tajuk cerita n pelakon, selebihnya macam biasa je sambungan drp part 1.
Kali ni Rangga balik semula kpd Cinta setelah 9 tahun dia ditinggalkan tekontang kanteng sorg2. Tapi aku rasa macam senang sgtla si Rangga tu nak dptkan balik Cinta…. tulis2 puisi dah cair….abih yg ko dok meroyan 9 thn tu apa kes lah!!?? Kasik ajar la sket br best!! 9 tahun weyyy…!! Bila Lelaki pujuk buat muke sang kancil sket dah sanggop meroyan balik kejar sampai ke New York…jln cite sempoi gile je sebenarnya….apa2 pun kalau nak layan sb nostalgia blh gi layan sb filem ni ada sentimental value nya sendiri!! Best gak sambil2 layan cite ni sambil fefiling tingat kat x x yg lps…Jgn lps layan movie ni korg nak wat keje gile pi rujuk balik kat x korg dah la yer!!! Bhahahaha tongue emoticon 2 bintang setengah.
#NowHappening Premiere Tayangan Premiere ADA APA DENGAN CINTA 2 anjuran www.budiey.com TQ Budiey Isma utk tiket!! #PremiereWithBudiey #AADC2 #BudieyDotCom
Jom Undi SENSASI SELEBRITI di Anugerah Pilihan Online APO 2016 dalam kategori Blog Pilihan Online
Erra Asmuni
Ini dia ulasan saya tentang filem ADA APA DENGAN CINTA 2.
Rangga. Masih sama mcm dlu masih lagi lelaki misteri yang buat Cinta buntu.
Cewah, tetiba jadi puitis. 😂 Seriusly kalau korg layan #AADC1 korg pasti wajib layan #AADC2.
Filem ni masih lagi tunjuk betapa kekuatan kawan-kawan karib tu tak pernah putus even korg da ada kerjaya even family and of course kisah cinta antara Rangga & Cinta yg buat korg tertanya2x..ada tak kesudahannya.
Apa yang sy katakan, filem ini mmg best dan bila tonton rasa terbuai2x je.. So apa lagi, 28 April nie jom tonton di pawagam berhampiran korg untuk tau kesudahan percintaan antara Rangga & Cinta..
Special thanks to Budiey and Budieyators.. 😘😘😘
Saya kasi ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ / ⭐⭐⭐⭐⭐. Layari: www.budiey.comBudiey IsmaIsma #PremiereWithBudiey #AADC2 #BudieyDotCom
Pujangga Berbicara
Terima kasih Budiey Isma kerana memberikan jemputan eksklusif ke Tayangan Perdana Ada Apa Dengan Cinta 2 ( AADC 2). Majlis yang berlangsung sangat meriah dan happening sekali. Ditambah pula dengan kehadiran nama-nama besar dalam insdustri seni tanahair seperti Mejar David Teoh, Lisa Surihani, Tam, Abg Nas Melodi, Maria JJCM, Marsha Milan Londoh dan ramai lagi. Anak kpd P.M kita pun ada tau..hehehehehe…
Ok, berbalik kpd ulasan filem AADC2.
Filem bermula apabila 4 sahabat zaman SMA, Cinta, Maura, Milly dan Karmen bercuti ke Yogjakarta. Mereka pergi hanya berempat tanpa ditemani suami / pasangan mereka. Percutian yang terancang menjadi sedikit tersasar dari landasan awal apabila Milly dan Karmen terserempak dengan Rangga yang kebetulan juga pulang ke Yogjakarta. Tetapi mengapa pula Rangga pulang ke Yogjakarta? Apa kaitannya percutian 4 sahabat ini dengan kepulangan Rangga? Adakah ianya telah dirancang? Mengapa Cinta menyinggung perasaan Karmen? Apa yang dilafazkan oleh Cinta? Mengapa Rangga menyatakan bahawa ‘ Selepas ini mungkin kita tidak akan berjumpa lagi’ ? Siapa pula Trian? Apakah peranan Trian dlm filem ini?
– Kesinambungan Filem AADC yang kita tontoni 14 tahun dahulu. Sesiapa yang berhajat nak tonton AADC2 ni, ada baiknya jika tonton balik AADC dan kemudian baru tonton AADC2. baru terasa feel dia..
– Watak Rangga dan Cinta dalam AADC 2 tampak lebih matang. Namun perwatakan tetap tidak banyak berubah.Mereka berdua masih dgn minat yang sama, ‘SENI’.
– Dalam AADC2 ini, Kita dah boleh jangka kesudahan filemnya, namun tetap kita nak tau bagaimana dan macam mana. Kita pasti tertanya-tanya mengapa Rangga pergi meninggalkan Cinta.
– Dalam AADC, sewaktu Rangga hendak pergi meninggalkan Cinta, beliau berjanji akan kembali selepas 3 purnama. Namun mengapakah 3 purnama itu menjadi beratus-ratus purnama?
– Apakah yang menyebabkan Rangga mengambil keputusan untuk break dgn Cinta? Rangga sudah menjelaskan kepada Cinta dan bagaimana penerimaan Cinta apakah alasan Rangga itu cukup membuatkan Cinta percaya.
– Apa yang dilakukan oleh Rangga di New York selama ini.
Siapa yang bertanggungjawab membuatkan Rangga hendak pulang ke Indonesia.
– Adakah Rangga sudah berkahwin? Apakah Cinta sudah ada pengganti yang lebih baik daripada Rangga?
– Melalui pengamatan saya, PLOT CINTA dalam filem ini tidak sehebat PLOT PERSAHABATAN. Ini kerana, keakraban persahatan antara Karmen, Cinta, Maura dan Milly sangat menyentuh hati. Mereka saling mendokong saat jatuh seseorang.
Filem ini akan menjadi lebih menarik jika ending dia diakhiri dengan lagu Ada Apa Dengan Cinta… pasti ianya akan menajdi lebih touching.
Secara keseluruhan, filem yang agak santai.
Rating saya boleh katakan 3.5/5
Terima kasih kpd Budiey.com – Blog Sensasi Selebriti kerana tidak putus-putus memberi jemputan eksklusif. Tidaj rugi menjadi Budieyators you all.. Sentiasa menghargai followersnya. Jom reramai kita support beliau. Kerna lepas2 ni banyak lagi #PremierwithBudiey dan banyak lagi filem-filem menarik menanti anda.
Jangan lupa untuk terus mengundi Budiey Isma bagi pencalonan anugerah APO kategori 15 ( Sensasi Selebriti ). Tinggal kurang 3 hari lagi untuk mengundi.